Tuesday 25 November 2014

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan sepuluh (10) Kemahiran Mikropengajaran
2. Mengaplikasi kemahiran mikropengajaran semasa membuat persembahan.

Definisi Kemahiran Mikropengajaran

Pengajaran Mikro adalah penemuan pengajaran yang telah dipermudahkan. Dalam erti kata lain, situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya. Contohnya dari segi bilangan murid. Masa di antara lima hingga lima belas minit. 

Sepuluh kemahiran mikropengajaran adalah seperti :
i)   Set Induksi
ii)  Penyoalan
iii) Penerangan
iv) Pengukuhan
v)  Ilustrasi dengan contoh-contoh
vi) Demontrasi
vii)Perbincangan
viii)Kerja Amali
vx)Penutup
x)  Refleksi 

Tujuan utama adalah untuk melatih guru menguasai satu kemahiran pada satu masa, dan apabila telah dikuasai barulah digabungjalinkan semua kemahiran yang akan digunakan dalam pengajaran mereka.

i) Set Induksi 

Kemahiran memulakan pengajaran.

Ciri Utama Set Induksi :

i)  Memperkenalkan objektif Pembelajaran
ii) Menarik perhatian
iii)Mengetahui pengetahuan sedia ada 
iv)Menimbulkan motivasi pelajar
v) Membuat perkaitan

Contoh-Contoh Set Induksi :

i)   Bercerita
ii)  Teka-teki/susun silangkata/Word Puzzle
iii)  Nyanyian
iv)  Lakonan/Simulasi
v)   Isu semasa berkaitan dengan tajuk
vi)  Demontrasi guru
vii) Praujian
viii)Peta Konsep
vx) Kartun Konsep
x)  Temu bual
   
Rujukan

Micheal J.Wallace (1998). Action Research for Language Teachers. London : Cambridge University Press.

No comments:

Post a Comment