Friday 23 September 2016

Tugasan PPP3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan

PPP 3143 Kreativiti dan Inovasi  dalam Pendidikan

Tugasan Berkumpulan 1 :  Persediaan dan Pembentangan Powerpoint Kuliah (10%)

a) Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang  sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2. Setiap kumpulan kuliah kursus ini perlu ada 10 kumpulan untuk membentangkan bab yang terdapat di dalam buku teks yang digunakan.
b) Sediakan powerpoint untuk proses pengajaran dan pembelajaran mengikut bab yang ditetapkan oleh pensyarah seperti ayng terdapat di dalam Rancangan Instruksional.
c)  Pensyarah akan memaklumkan kumpulan yang terlibat untuk menyediakan powerpoint bab untuk minggu seterusnya seminggu sebelum pembentangan bab tersebut diadakan. Pensyarah akan memberi tempoh masa selama seminggu untuk setiap kumpulan menyediakan tugasan tersebut.
d)  Pelajar perlu memberi contoh yang berbeza daripada buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Contoh yang digunakan mesti berkaitan dengan bidang/subjek/sekolah/isu semasa dan pendidikan sahaja bergantung kepada bab yang diperoleh.  Pelajar juga digalakkan untuk mencadangkan aktiviti yang asli (original) dengan bab yang dibincangkan. Markah bonus akan dipertimbangkan oleh pensyarah kumpulan masing-masing.
e)  Tugasan tersebut perlu dimuatkan dengan peta minda dan tiga (3) soalan penilaian kendiri yang terdapat di akhir setiap bab buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Jawapan lengkap perlu diberi untuk soalan yang dipilih.  Pemilihan tiga soalan penilaian kendiri tersebut akan ditentukan oleh pensyarah atau mengikut budi bicara pensyarah kumpulan masing-masing.
f)  Pelajar perlu menyediakan powerpoint semasa membentangkan tugasan tersebut. Tugasan tersebut perlu dihantar secara softcopy (cd) dan hard copy kepada pensyarah selewat-lewatnya pada hari pembentangan tugasan berkenaan,
g)  Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan tugasan ini dan gambar setiap ahli kumpulan perlu disertakan di dalam tugasan ini.
h)  Rujukan juga perlu dibuat (sekurang-kurangnya 7 artikel jurnal/buku/website yang berilmiah dan boleh dipercayai- tahun 2010 ke atas).
i)  Sekiranya pelajar didapati melakukan plagiat, tiada markah diperuntukkan untuk tugasan ini serta dikenakan tindakan tatatertib di atas kecurangan akademik yang dilakukan.
j) Masa yang diperuntukkan untuk membentang tugasan ini sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit dan kemudiannya akan diambil alih oleh pensyarah untuk sesi perbincangan lanjut serta soal jawab berkaitan bab yang dibincangkan.

Tugasan Berkumpulan 2 - Aktiviti Kritis dan Kreatif (20%) dan Pameran (20%)

a)  Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2.
b)  Sediakan satu produk (Alat Bantu Mengajar eg. helaian kerja interaktif, multimedia, permainan, uji minda, 3D) dalam bentuk CD atau buku yang mengandungi sekurang-kurangnya enam (6) aktivitis kritis dan kreatif untuk melaksanakan satu atau lebih unit untuk satu mata pelajaran.
c) Tentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut subjek yang khusus contohnya Sains/ Matematik/ Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu; tingkatan dan juga tahap kognitif pelajar iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
d) Setiap aktiviti utama boleh disertai dengan beberapa aktiviti kecil.
e) Setiap aktiviti mesti mempunyai objektif pembelajaran, cara menjalankan aktiviti, dan cadangan penyelesaian.
f) Semua tugasan tersebut akan dipamerkan. Anda perlu sediakan satu poster untuk produk hasilan kumpulan anda.