Monday 29 February 2016

Pengajaran Mengurus Perubahan : Nokia CEO

Nokia CEO mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas" 

Oleh: Ziyad Jawabra.





Semasa sidang akhbar yang mengumumkan bahawa Nokia telah dibeli oleh Microsft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas". Ucapan beliau itu diiringi dengan titsan air mata termasuk dari pihak pengurusan Nokia sendiri.

Nokis merupakan sebuah kompani yang diiktiraf dan dihormati. Mereka tidak melakukan apa2 kesalahan di dalam perniagaan mereka, walau bagaimana pun, dunia berubah terlalu cepat. Pesaing mereka terlalu kuat.

Mereka ketinggalan di dalam mempelajarinya. Mereka tertinggal mempelajari perubahan dalam industri telekominikasi, dan mereka terlepas peluang yang berada di hadapan mereka untuk membesarkan perniagaan. Bukan sahaja mereka terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar tetapi mereka juga terlepas peluang untuk meneruskan hidup.

Pengajaran dari cerita ini, JIKA ANDA TIDAK BERUBAH, ANDA AKAN DITINGGALKAN DALAM PERLUMBAAN INI.
Bukan menjadi satu kesalahan jika anda tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru, walau bagaimana pun, jika anda tidak mampu mengikuti arus perkembangan semasa, anda akan disingkirkan dari perlumbaan.
Kesimpulannya:
1. Kelebihan yang anda ada pada hari ini, akan digantikan dengan trend yang ada pada esok hari. Anda tidak perlu melakukan apa2 kesilapan pun, tetapi jika pesaing anda berjaya mengikuti gelombang pembangunan terbaru, anda akan tewas dan anda akan gagal.

BERUBAH dan memperbaiki diri adalah seperti memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Tetapi jika kita dipaksa berubah oleh orang lain, itu maknanya kita menghinakan diri sendiri.
Sesiapa yang menolak untuk belajar dan maju, sudah pasti suatu hari mereka menjadi beban dan tidak diperlukan dalam bidangnya. Mereka akan terpaksa belajar melalui cara yang amat sukar dan sangat mahal harganya.