Friday 24 April 2015

Sukaneka

The Amazing Race
Anjuran Kelab Keusahawanan dan Perdagangan
Jom Ramai-ramai







Friday 3 April 2015

RPH Kaedah Masteri (Perdagangan)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                  :   Perdagangan
Tingkatan                          :   5 Bestari
Tarikh                                :   16 Mei 2014
Hari                                    :    Selasa
Masa                                   :   3.00 Petang – 3.30 Petang
Bilangan Pelajar                :   21 Orang
Tahap Kebolehan Pelajar :   Sederhana Tinggi
Pengetahuan Sedia ada     :   Pelajar telah  mengetahui tentang konsep Perbankan dan Institusi        Kewangan lain.
Topik                                   :   Bab 8 – Perbankan dan Institusi Kewangan lain
Sub Topik                           :   8.2 – Jenis-jenis Bank
                                                 a.       Bank Pusat
                                                 b.      Bank Perdagangan (Bank Islam)
                                                 c.       Bank Badan Berkanun
                                                 d.      Bank Saudagar
                                                 e.       Bank Koperasi

Hasil Pembelajaran   :           Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
                                                                                                         I.            Menyatakan jenis- jenis bank. (Aras 2)
                                                                                                      II.            Memberikan fungsi setiap jenis bank. (Aras 2)
                                                                                                   III.            Menjelaskan perbezaan setiap bank. (Aras 3)

BBM                           :          Buku teks, buku rujukan, maker,papan putih, kertas mahjung,                                                           lembaran nota, lembaran kertas ujian, multi-board,  buku skrap, kajian                                               kes, Sampul berwarna dan power point.

Jenis Pentaksiran       :        Latihan Pengukuhan

Nilai murni                 :        Bersemangat, Hormat menghormati dan kerjasama

KBKK                        :         Menerangkan sebab dan menjana dan menghasilkan idea baru

Kaedah                       :        Masteri


Rancangan Pengajaran Harian 



Langkah / masa


Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
kaedah/Teknik
BBM/nilai/KBKK
Aktiviti guru
Aktiviti pelajar
Set induksi
(+/- 2 minit)
Permulaan

Guru menayangkan gambar di slide power point.

Guru meminta pelajar memahami situasi gambar tersebut.

Guru meminta pelajar memberitahu apa yang mereka faham mengenai gambar tersebut.

Guru mengulas jawapan pelajar dan memberitahu perkaitan gambar tersebut dengan topik yang akan dipelajari pada hari ini,




Pelajar melihat gambar yang ditayangkan di slide power point.




Pelajar memberitahu apa yang mereka faham mengenai video tersebut.


Pelajar mendengar penerangan guru.

.

Kaedah/Teknik:
Simulasi

BBM: - Power point, papan putih, maker

Nilai:
Bersemangat

KBKK: -

Perkembangan pengajaran
(+/-10 minit)

Langkah 1








 Jenis dan fungsi bank :     Bank pusat
·         Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara
·         Menjadi jurubank kepada kerajaan
·         Laksanakan dasar kewangan kerajaan
·         Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

Bank perdagangan   dan  Bank Islam
·         Terima simpanan
·         Beri kemudahan pembiayaan
·         Beri kemudahan pembayaran

·         Beri perkhidmatan lain.
Bank Saudagar
·         Terima simpanan daripada syarikat besar
·         Beri pinjaman
·         Beri khidmat nasihat korporat
·         Urus pelaburan syarikat berhad
·         Tanggung jamin terbitan syer

Bank Badan  Berkanun
·         Bank Simpanan Nasional
·         Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
·         Bank Pertanian Malaysia


Bank Koperasi
·         Terima simpanan
·         Beri pinjaman
·         Tawar perkhidmatan perbankan Islam


Guru memberikan penerangan.

Guru meminta wakil pelajar ke hadapan untuk menyatakan fungsi bank.

Guru meminta pelajar menuliskan nota tambahan pada lembaran nota yang diberikan.

Guru menunjukkan buku skrap mengenai contoh-contoh bank yang dipelajari.


Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan.

Guru menjawab persoalan pelajar.
.

Pelajar mendengar penerangan guru.

Wakil pelajar menyatakan fungsi bank di hadapan kelas.

Pelajar menyalin nota tambahan yang terdapat di papan putih dan buku teks pelajar.

Pelajar melihat buku skrap tersebut dan memahami contoh-contoh bank yang ditunjukkan oleh guru.

Pelajar bertanyakan soalan kepada guru.

Kaedah/Teknik:
Penerangan dan soal jawab.

BBM:
Buku teks, multi-board,  maker pen, lembaran nota, buku skrap dan papan putih,

Nilai:
Menghormati dan bekerjasama

KBKK:
Menerangkan sebab
Penilaian
(+/-5 minit)

Langkah 2


Ujian
Guru meminta pelajar untuk menjarakkan meja dan kerusi.


Guru mengedarkan lembaran kertas ujian yang mengandungi 8 soalan berbentuk ( betul atau salah) bagi menguji kefahaman pelajar terhadap pengajaran hari ini.

Guru memberikan masa selama 4 minit untuk pelajar menjawab soalan tersebut.

Guru meminta pelajar menukarkan lembaran kertas ujian bersama rakan di belakang pelajar.

Guru memberikan jawapan sebenar dan meminta pelajar menandakan lembaran kertas ujian

Pelajar memahami dan melaksanakan arahan yang diberikan oleh guru.

Pelajar menerima lembaran ujian.

Pelajar membaca arahan pada lembaran kertas ujian.



Pelajar mula menjawab dengan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru.

Pelajar menukarkan lembaran kertas ujian bersama rakan di belakang


Pelajar menandakan kertas tersebut dengan mengikut jawapan yang diberikan oleh guru.
Kaedah/Teknik:
Ujian penilaian.

BBM:
Lembaran kertas ujian,

Nilai:
Hormat-menghormati.

KBKK:
Menjana dan menghasilkan idea baru

Pengayaan dan pemulihan
(+/-10 minit)


Langkah 3














Aktiviti 1 :
“aktiviti Berkumpulan”


Guru membahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan
markah (>5) dan pelajar yang kurang mendapat markah (<5).


Guru meminta pelajar yang lemah di dalam ujian tadi iaitu (<5) untuk  membentuk 2 atau 3 kumpulan.

Guru meminta pelajar yang mendapat markah (>5) membentuk 2 atau 3 kumpulan.

Guru meminta setiap wakil kumpulan bagi pelajar yang mendapat (<5) ke hadapan dan mengambil 1 sampul warna serta sehelai kertas mahjung dan maker pen.

Guru meminta kumpulan yang mendapat (<5) untuk memulihkan diri mereka dengan membuat peta minda terhadap penyataan fungsi yang diminta oleh sampul warna yang diberikan.






Guru memberikan kajian kes kepada setiap kumpulan yang mendapat markah (>5) untuk mengayakan kefahaman sedia ada pelajar tersebut.

Guru memberikan masa kepada pelajar untuk berbincang.


Guru memantau aktiviti pelajar.

Guru menjawab soalan pelajar.


Guru meminta wakil pelajar setiap kumpulan (>5) membentangkan jawapan kajian kes yang dibincangkan dalam kumpulan.




Guru meminta wakil pelajar setiap kumpulan (<5) untuk membentangkan peta minda hasil berkumpulan di hadapan kelas.


Guru memberi pujian kepada pelajar atas hasil usaha mereka.

Pelajar mendengar arahan guru.







Pelajar bergerak mengikut arahan guru dengan membahagikan 2 kumpulan (<5) dan (>5)

Pelajar yang mendapat markah (<5) mula bergerak membuat 2 atau 3 kumpulan.


Pelajar yang memperolehi markah (>5) membentuk 2 atau 3 kumpulan.




Wakil setiap kumpulan (<5) datang ke hadapan dan mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Kumpulan pelajar (<5) berbincang dan memulakan aktiviti pemulihan dengan membuat peta minda terhadap penyataan di dalam sampul warna tersebut.


Kumpulan pelajar (>5) mendapatkan kajian kes yang  diberikan oleh guru.



Pelajar berbincang dan menjawab kajian kes di dalam kumpulan yang ditetapkan.





Pelajar menanyakan soalan kepada guru.


Wakil kumpulan (>5) memulakan pembentangan jawapan kajian kes mereka.






Wakil kumpulan (<5) memulakan pembentangan peta minda hasil usaha berkumpulan mereka.



Pelajar berasa gembira terhadap pujian yang diberikan.


Kaedah/Teknik :
Penerangan dan aktiviti kumpulan


ABM:
Sampul berwarna, kajian kes, maker pen dan kertas mahjung.

Nilai:
Kerjasama

KBKK: - Menjana idea





Penutup
(+/-3 minit) 

Merumus idea

Guru meminta pelajar membuat kesimpulan terhadap pengajaran hari ini.

Guru membuat kesimpulan terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan.

Guru bertanyakan perasaan pelajar tentang pengalaman pembelajaran hari ini.

Guru memberikan latihan pengukuhan sebagai kerja rumah untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar mengenai subtopik yang dipelajari.



Pelajar membuat kesimpulan terhadap pembelajaran hari ini.


Pelajar memberi tumpuan terhadap rumusan yang diberikan oleh guru.

Pelajar menyatakan perasaan mereka.


Pelajar mencatat kerja rumah yang diberikan oleh guru.







Kaedah/Teknik:
Penyoalan dan penerangan.

BBM:  - Power Point

Nilai:
Hormat-menghormati
KBKK: -


  
Refleksi guru:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ulasan pensyarah/guru pembimbing:
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________