Wednesday 26 April 2017

Pembelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                           : Perdagangan
Tarikh/Hari                                : 11 Mei 2016 (Rabu)
Masa                                           : 5.00 petang – 5.30 petang (30 minit)
Tingkatan                                   : 4 Rahmah
Bilangan Pelajar                 ,       : 25 Orang
Tahap Kebolehan Pelajar           : Sederhana
Tajuk                                          : 1.2b Jenis Pengeluaran
                                                      1.2c Cabang Pengeluaran
Hasil Pembelajaran                    : Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
a)      Menyatakan jenis pengeluaran. (Aras 1)
b)      Mengenal pasti cabang-cabang pengeluaran. (Aras 1)
Pengetahuan Sedia Ada             : Pelajar mempunyai pengetahuan maksud pengeluaran dalam  
                                                      pembelajaran sebelum ini.
Bahan Bantu Mengajar               : Video, Power Point, Slaid Prezi, Nota Ringkas, Mounting  
                                                      Board, Pen Marker, Papan putih, Set Soalan, Muzik, Topi
                                                      Berwarna, Sabun dan Kayu.
Nilai                                            : Hormat Menghormati, Kerjasama, Keberanian, Yakin pada  
                                                      diri sendiri dan Tekun.
KBKK                                        : Menjana idea, meneliti bahagian-bahagian kecil dan   
                                                      keseluruhan serta mengklasifikasi atau mengkategori,
                                                      menerangkan sebab dan membuat inferens.
Kaedah                                       : Pembelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
                                                     (KBAT).



AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Kaedah/Teknik/BBM/
Nilai/KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(+/- 5 minit)




Pengenalan kepada jenis dan cabang pengeluaran.

“Jenis pengeluaran ialah pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung”.

“Cabang pengeluaran yang utama terbahagi kepada 3 iaitu perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung”.

Guru memberi salam dan kelas dimulakan dengan bacaan doa.


Guru memperkenalkan tajuk hari ini dan mengedarkan nota ringkas kepada pelajar

Guru menayangkan video mengenai jenis dan cabang pengeluaran dan meminta pelajar menumpukan perhatian dan memahami kandungan video tersebut.


Guru beri penerangan secara ringkas tentang jenis pengeluaran.



Pelajar menjawab salam dan membaca doa.

Pelajar diarahkan untuk membaca nota tersebut dan menumpukan perhatian.


Pelajar memberikan perhatian terhadap video yang ditayangkan oleh guru.






Pelajar mendengar dan mencatat apa yang disampaikan oleh guru.



Kaedah/Teknik:
Induktif,
Penerangan, Perbincangan dan Soal jawab.


BBM :
Tayangan video, Power Point, Slaid Prezi dan Nota Ringkas


Nilai :
Hormat Menghormati, Tekun dan Bekerjasama.

KBKK :
Menjana idea (Lampiran 1)


Langkah 1

Penerangan

(+/- 8 minit)


Menerangkan cabang pengeluaran:

“Perusahaan iaitu usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap”.

“Perdagangan ialah semua aktiviti yang berkaitan pengagihan dan pemindahan bahan mentah, barang separa siap atau barang siap daripada pengeluar kepada pengguna akhir”.

“Khidmat langsung ialah semua perkhidmatan peribadi yang diberikan kepada pengguna akhir secara langsung oleh penjual untuk memuaskan kehendaknya”.



Guru menyoal dan memberi penerangan menggunakan peta i-think dengan pada papan putih.






Guru meminta beberapa orang pelajar ke hadapan bagi melengkapkan carta di mounting board.









Pelajar diarahkan untuk memberikan perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan merujuk nota yang diberikan oleh guru.

Pelajar memberi kerjasama dengan menampal jawapan di atas mounting board.








Kaedah/Teknik :
Induktif, Perbincangan, Penerangan dan soal jawab.

BBM :
Papan putih, Mounting Board dan Nota Ringkas.

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian, Kerjasama.

KBKK :
Mengklasifikasi atau mengkategori (Lampiran 2) dan meneliti bahagian kecil dan keseluruhan (Lampiran 3).

Langkah 2

Aktiviti kumpulan

(+/- 8 minit)


Aktiviti “The 6 Thinking Hat”

(Lampiran 4)

1.Topi putih.
2.Topi merah.
3.Topi hitam.
4.Topi kuning.
5.Topi hijau.
6.Topi biru.
 
Cabang pengeluaran :

Satu kumpulan diberi satu isu mengenai industri perkilangan (sabun).

Satu kumpulan diberi satu isu mengenai industri pembinaan (kayu).

Guru meminta pelajar berpecah kepada 2 kumpulan.

Guru menerangkan The 6 Thinking Hat kepada pelajar.

Guru memberi sabun, kayu, kertas majong dan topi berwarna kepada setiap kumpulan.

Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan menggunakan peta i-think.

Guru memberi keterangan terhadap perbincangan pelajar.

Pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing.


Pelajar mendengar penerangan guru.

Pelajar membincangkan tentang bahan yang diperoleh.



Pelajar membentangkan di hadapan kelas.





Pelajar mendengar dan mencatat.

Kaedah/Teknik :
Deduktif,
Penerangan, Soal jawab, Perbincangan.

BBM :
Kayu, Sabun, Topi Berwarna, Kertas Majong.

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian, Yakin pada diri sendiri, dan Kerjasama.

KBKK :
Menjana idea (Lampiran 5 ) dan Menerangkan sebab (Lampiran 6 ).

Langkah 3

Penilaian

 (+/- 7 minit)


Aktiviti kuiz (Lampiran 7) dan nyanyian
(Buku muzikal perdagangan, pengarang : Yusli Mustaffa)


 Soalan Kuiz adalah dari aras 4, aras 5 dan aras 6.

Guru meminta pelajar menjawab soalan kuiz yang disediakan.

Guru meminta pelajar menghantar jawapan pada minggu hadapan.


Guru meminta pelajar berdiri menyanyikan lagu jenis pengeluaran.




Pelajar menjawab soalan kuiz.


Pelajar mendengar arahan guru.





Pelajar memberi kerjasama dengan menyanyi bersama-sama.

Kaedah/Teknik :
Penerangan, Soal jawab

BBM : Set Soalan, Buku Lagu

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian,

Yakin pada diri sendiri dan Kerjasama.

KBKK :
Menjana idea. (Lampiran 1)

Penutup
(+/- 2 minit)


“ Pengeluaran mempunyai jenis dan cabangnya. Matlamat pengeluaran adalah untuk memuaskan kehendak manusia”.


Penutup sosial:
“Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?”
(Aras 1)

Penutup kognitif:
“Apakah yang telah anda pelajari hari ini?”
(Aras 1)

Guru menanyakan kepada pelajar mengenai apa yang telah mereka pelajari hari ini dan bagaimana perasaan mereka tentang pengalaman pembelajaran hari ini.

Guru meminta pelajar membuat  rumusan secara keseluruhan dalam sehelai kertas.

Guru memberi latihan pengukuhan untuk dijawab di rumah.

Pelajar menjawab pertanyaan guru.













Pelajar catat maklumat yang dikehendaki oleh guru.

Kaedah/Teknik :
Penerangan.

BBM :
Nota ringkas.

Nilai :
Hormat-menghormati.

KBKK :  Membuat inferens (Lampiran 8)


 Refleksi guru :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Komen pensyarah/guru pembimbing :
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


1 comment: