Friday 10 March 2017

RPH Konstruktivisme

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                        :   Perdagangan
Tarikh / Hari                           :   20 April 2016 (Rabu)
Tingkatan                               :   4 Rahmah
Bilangan Pelajar                      :   25 orang
Tahap Pelajar                           :   Sederhana
Masa                                       :   5.00 – 5.30 petang (30 minit)
Tajuk                                       :   Keperluan dan Kehendak Manusia
Sub tajuk                                 :   1.1a – Maksud Keperluan
                                                    1.1b – Maksud Kehendak
                                                             - Perbezaan Keperluan dan Kehendak
Hasil Pembelajaran                  :   Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat :
I.          Menerangkan maksud keperluan dan kehendak manusia.  (Aras 2)
II.        Membanding beza keperluan dan kehendak manusia. (Aras 4)
Pengetahuan Sedia ada          :   Pelajar telah mempelajari dalam subjek kemahiran hidup
    (perdagangan) semasa tingkatan 1.
BBM                                                               :   Skrin layar, soalan kuiz, video, sampul berwarna, bahan  
                                                    maujud, papan  putih, pen marker, mounting board, power
                                                    point, prezi.
Nilai murni                              :   Hormat - menghormati, bekerjasama, yakin diri, peka.
KBKK                                    :   Membanding dan membeza, menerang serta meneliti    
                                                    bahagian kecil dan keseluruhan, menjana idea dan membuat   
                                                    inferens.
Pendekatan/Strategi                :   Konstruktivisme




AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah / Masa
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Kaedah/ Teknik
BBM/ Nilai/ KBKK

Permulaan / mencungkil idea

(+/- 7 minit)

Maksud keperluan ialah kepentingan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupannya.

Maksud kehendak ialah keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa, mewah dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Kelas dimulakan dengan bacaan doa.


Guru memperkenalkan topik yang akan diajar dengan menunjukkan video kepada pelajar.


Guru bertanya kepada pelajar apa yang mereka lihat dalam video tersebut.

Guru mengedarkan nota kepada pelajar.

Guru menerangkan di papan putih dan menerangkan kandungan yang ada dalam mounting board kepada pelajar.



Pelajar membaca doa.


Semua pelajar fokus kepada video yang ditayangkan oleh guru.



Pelajar memberi respon kepada guru.



Pelajar mengambil perhatian kepada penerangan guru.





Kaedah / Teknik:
Induktif, Pemerhatian dan soal jawab

BBM:
Prezi, Video, Mounting Board, Papan Putih, Pen Marker, Nota

Nilai:
Hormat – menghormati dan bekerjasama.


KBKK:
Membanding dan membeza. (Lampiran 1)


Langkah 1

Menstruktur / menstruktur semula
(+/-10 minit)

Perbezaan keperluan dan kehendak.

Keperluan asas manusia merupakan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan udara.


Kehendak manusia meliputi semua perkara yang membolehkan manusia hidup dengan  lebih selesa dan sempurna seperti barang kemas, kereta mewah, pelancongan dan sebagainya.



Guru membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan.


Guru membekalkan sampul kepada setiap kumpulan.




Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan mengenai apa yang mereka dapat dalam sampul tersebut.

Guru memberi masa 3 minit untuk berbincang.


Guru meminta 3 orang pelajar menjadi juri.

Guru meminta wakil kumpulan membentang di hadapan kelas dalam bentuk pidato.


Guru membuat ulasan terhadap penerangan pelajar.


Guru meminta juri mengangkat sama ada (√) atau (×) untuk pelajar yang berpidato.


Guru memberi hadiah kepada kumpulan yang terbaik.

Guru bertanya jika pelajar ingin menanyakan soalan atau kemukakan soalan.


Pelajar mendengar arahan guru dan duduk dalam kumpulan.

Wakil pelajar mengambil sampul tersebut.




Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing.




Pelajar berbincang dalam kumpulan.

Pelajar memberi kerjasama menjadi juri.

Wakil kumpulan ke hadapan berpidato dengan hasil perbincangan dalam kumpulan.

Pelajar mendengar dan mencatat ulasan guru.

Pelajar (juri) memberi kerjasama dengan mengangkat (√) atau (×).

Kumpulan terbaik diberi hadiah.


Pelajar menanyakan soalan jika ada yang kurang faham.



Kaedah / Teknik:
Deduktif, Soal jawab dan  Penerangan.


BBM:
Prezi, Mounting Board, Pen Marker, Papan Putih, Bahan Maujud, Sampul, Hadiah

Nilai:
Yakin diri, Kerjasama, Hormat-menghormati.

KBKK:
Menjana idea. (Lampiran 2)

Langkah 2

Aplikasi idea

(+/- 5 minit)

Nyanyian lagu keperluan dan kehendak.






Guru meminta pelajar berdiri dan menyanyikan lagu keperluan dan kehendak.


Pelajar memberikan kerjasama dan menyanyikan lagu bersama-sama.


Kaedah / Teknik:
Perbincangan, Penerangan dan Soal jawab.

BBM:
Prezi, Lagu

Nilai:
Yakin diri, bekerjasama

KBKK:
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan. (Lampiran 3)


Langkah 3

Penilaian

(+/- 5 minit)




Kuiz.

Guru menanyangkan  soalan kuiz di skrin layar.

Guru meminta ketua kelas mengutip jawapan dan diberi kepada guru di akhir kelas

Pelajar perlu menjawab kuiz tersebut secara individu.

Pelajar menghantar jawapan kepada ketua kelas.


Kaedah / Teknik:
Perbincangan, Penerangan dan Soal jawab.

BBM:
Soalan kuiz, Skrin layar

Nilai:
Yakin diri

KBKK:
Membanding dan membeza.


Refleksi / Penutup
(+/- 3 minit)


Membuat rumusan.
“ Manusia tidak boleh hidup tanpa keperluan asas, tetapi boleh terus hidup tanpa memenuhi kehendak mereka”.



Penutup sosial:
“Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?”
(Aras 1)

Penutup kognitif:
“Apakah yang telah anda pelajari hari ini?” (Aras 1)

Guru meminta beberapa orang pelajar untuk merumuskan tajuk hari ini.


Guru menjelaskan secara ringkas berkenaan dengan keperluan dan kehendak.


Guru memberi kerja rumah kepada pelajar dengan membuat peta i-think mengenai persamaan dan perbezaan keperluan dan kehendak.

Guru menyuruh pelajar membaca subtopik seterusnya untuk sesi pembelajaran dan pengajaran pada kelas yang akan datang.


Pelajar memberikan tumpuan kepada penjelasan yang dilakukan oleh guru.








Pelajar mendengar dan mencatat.

Kaedah / Teknik:
Penerangan dan soal jawab

BBM:
-.

Nilai :
Yakin diri

KBKK:
Membuat inferens. (Lampiran 4)




Ulasan Pensyarah/Guru Pembimbing:
..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Refleksi Guru:
..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
KEMAHIRAN BERFIKIR (KBKK)
Lampiran 1

1  1)      Kemahiran Membanding Dan Membeza
Definisi : Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran berfikir yang membolehkan individu mengesan pelbagai persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih daripada dua perkara, misalnya objek, peristiwa, organisma, idea, sistem atau institusi, berdasarkan aspek-aspek tertentu.

Langkah-langkah
Perkara
Mengenal pasti perkara yang hendak dibanding dan membezakan.
Keperluan dan kehendak manusia.
Mengenal pasti ciri-ciri daripada aspek  perkara.
Maksud, contoh, fungsi, persamaan, dan perbezaan.
Mengenal pasti dan nyatakan ciri ciri aspek persamaan.
Persamaan keperluan dan kehendak - memerlukan wang, sukar untuk memilikinya, digunakan oleh makhluk yang hidup.
Mengenal pasti dan nyatakan ciri ciri aspek perbezaan.
Keperluan – keperluan asas manusia, merupakan tuntutan semula jadi, wajib dipenuhi untuk terus hidup.
Kehendak – meliputi semua perkara untuk hidup lebih selesa, pelengkap kehidupan manusia, tidak terhad.
Catatkan ciri-ciri aspek persamaan dan perbezaan dalam borang pengurusan grafik.
Ciri aspek persamaan – fungsi
Ciri aspek perbezaan – maksud, fungsi, contoh
Berdasarkan maklumat yang dicatatkan dalam borang pengurusan grafik, membuat kesimpulan tentang ciri aspek persamaan dan perbezaan.
Kesimpulan – Terdapat persamaan fungsi antara keperluan dan kehendak dan perbezaan dari segi maksud, fungsi dan contoh. Manusia tidak boleh hidup tanpa keperluan asas, tetapi boleh terus hidup tanpa kehendak.
Aplikasi penggunaan  kemahiran membanding dan membeza situasi harian.
Dalam membuat pemilihan untuk membeli barangan antara keperluan dan kehendak boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.


Lampiran 2
22)      Kemahiran Menjana Idea
Definisi                 :Menyumbang dan menghasilkan idea-idea baru untuk  
                                menyelesaikan sesuatu  masalah atau mencipta sesuatu yang baru.
Strategi                 : Sesi sumbangsaran
Alat berfikir         : Pengurusan Grafik untuk sesi sumbangsaran.
Contoh aktiviti   : Menjana idea dengan pemikiran kreatif dan mereka bentuk
                           kandungan majalah sekolah

i)Sesi Sumbangsaran
Sumbangsaran, kadangkala dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming), merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan.
Sumbangsaran menggunakan teknik sesi buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan.
ii)Tujuan Sumbangsaran;
1.      Melalui sumbangsaran, murid-murid dilatih mengemukakan idea dan pendapat   mereka dengan cara yang logik dan analitis.
2.      Memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat di antara satu sama lain.
3.      Melatih murid-murid supaya menguasai kemahiran lisan bermutu tinggi.
4.      Melatih murid-murid supaya berusaha menyelesaikan masalah penting bersama-sama.

Lampiran 3

31)      Kemahiran Meneliti Bahagian Kecil Dan Keseluruhan
Definisi             : menganalisis perhubungan antara bahagian-bahagian kecil
                            berdasarkan sesuatu objek, organisasi, sistem, institusi, teori atau
                             idea dengan keseluruhannya.
Strategi             : gunakan pengurusan penyoalan berasaskan kemahiran analisis,
                             sintesis, dan penilaian.
Alat berfikir     : pengurusan grafik
Contoh aktiviti : meneliti bahagian kecil dan keseluruhan dengan penggunaan
                             pemikiran  kritis

Meneliti bahagian-bahagian kecil dalam pokok bunga dan hubungkaitkan fungsi masing-masing dalam keseluruhan pokok itu.

         


Lampiran 4

41)      Membuat inferens
Definisi          : Kemahiran membuat inferens ialah kebolehan menggunakan minda
                         untuk membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian, maklumat
                         bukti, petanda-petanda atau pola-pola tertentu.
Strategi         : Pendekatan induktif
Alat berfikir : Pengurusan grafik
Contoh aktiviti : Kemahiran membuat inferens dengan penggunaan pemikiran kritis.

Membuat inferens untuk keperluan dan kehendak manusia.


        

 BAHAN AKTIVITI PEMBENTANGAN DALAM BENTUK PIDATO

11)      Bentuk 2 buah kumpulan yang sama rata bilangan ahlinya.
22)      Guru meminta 3 orang pelajar menjadi juri.
33)      Guru meminta ketua kumpulan mengambil sampul berwarna dan bahan maujud daripada guru.
44)      Buka sampul tersebut dan perhatikan apa yang anda dapat.
55)      Pelajar perlu membincangkan tentang bahan yang mereka dapat dan diberi masa 3 minit untuk berbincang.
66)      Seorang wakil kumpulan akan ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk pidato dalam masa 2 minit.
77)      3 orang juri akan mengadili pidato pelajar.
88)      Kumpulan yang terbaik akan diberi hadiah.



No comments:

Post a Comment