Saturday 21 May 2016

Laut : Setenang dirimu. Segelora dirimu.


*Tazkirah Jumaat*

Kaca mata yang berbeza


Bajau Laut : Last of the Sea Nomads.
www.jamesmorgan.co.uk

Perspektif yang berlainan terhadap sesuatu yang bernama laut


Seorang kanak-kanak kehilangan sepasang kasut ditelan oleh air laut.

Lalu dia menulis di atas pasir pantainya, Laut ini *pencuri*...!! 

Tidak jauh dari situ seorang nelayan memperoleh hasil tangkapan ikan yang banyak.
Lalu dia menulis di atas pasir pantainya: Laut ini sangat *pemurah*..!! 

Seorang pemuda tenggelam di hanyutkan oleh air laut... 

Lalu ibunya menulis di atas pasir pantainya : Laut ini *Pembunuh* *Pembunuh...!!* 

Di sebelah sana pulak, seorang lelaki tua memperoleh sebutir mutiara yang berharga dari 

hasil tangkapan lautnya lalu ia menulis.. Laut ini *punca rezeki*. 

Tidak lama selepas itu, pantai di bidai oleh ombak dan terpadamnya semua kata-kata tadi.... 

*Jangan* hiraukan kata-kata orang mengenai diri kita, Masing-masing melihat dari sudut pandangannya sahaja. 

Hapuskan persengketaan untuk mengekalkan persahabatan, jangan putuskan persahabatan kerana suatu kesalahan. 

5 comments:

  1. laut banyak gunanya kepada kita. memperseimbangkan bumi. tapi kena juga hati2 dengan laut

    ReplyDelete
  2. betul tu...perspective orang sentiasa berbeza mengikut keadaan..amat susah untuk kita membuatkan memuaskan hati semua orang...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. cantik gambarnyer.. penuh makna entrinyer..
    kita memang suka kalau gambar lautni.. duk tepi laut rasa syahdu...

    ReplyDelete
  4. wah fotonya sejuk kata" indah menggugah pak.... wah keren sangat saya jadi kena ini hatinya terima kasih banyak pak....

    ReplyDelete
  5. SINGGAH

    http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/blogger-176-academiakhairuddin.html

    ReplyDelete