Wednesday, 30 September 2015

RPH Objektivisme (Perdagangan)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran                           : Perdagangan

Tarikh/Hari                               : 24 Mac 2015 (Rabu)

Masa                                        : 8.00 – 8.30 pagi

Tingkatan                                 : 4 Mutiara

Bilangan Pelajar                 ,      : 21 Orang

Tahap Kebolehan Pelajar            : Sederhana

Tajuk                                        : Perniagaan Dalam Negeri

Hasil Pembelajaran                  : Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
a)      Mentakrif maksud perniagaan runcit.
b)      Mengenal pasti fungsi dan kepentingan peruncit.
c)      Menyatakan jenis-jenis perniagaan runcit.
d)     Menjelaskan ciri, mengelas dan membezakan setiap jenis perniagaan runcit.

Pengetahuan Sedia Ada          : Pelajar telah mempelajari sub-topik  perniagaan dalam negeri dan                                                      saluran agihan pada sesi pembelajaran yang lepas.                                                              
Bahan Bantu Mengajar            : Video, Slaid Power Point, Nota Ringkas, Buku Teks, Kad Imbas,                                                   Gambar Rajah, Pen Marker dan Kad Manila.

Nilai                                      : Menghormati, Bekerjasama, Berani, Yakin, Peka dan Tekun.

KBKK                                    : Menjana, menghasilkan idea yang pelbagai serta meneliti bahagian-                                                   bahagian kecil dan keseluruhan.

Kaedah                                    : Objektivisme

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah/
Masa
Isi
Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Kaedah/Teknik/BBM/
Nilai/KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(+/- 5 minit)


Pengenalan kepada maksud Perniagaan Runcit.

“ Perniagaan yang menjual pelbagai barang kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna”.


Guru memberi salam dan kelas dimulakan dengan bacaan doa.

Guru memperkenalkan tajuk hari ini dan mengedarkan nota ringkas kepada pelajar.

Guru menayangkan video mengenai perniagaan runcit dan meminta pelajar menumpukan perhatian dan memahami kandungan video tersebut.

Guru beri penerangan secara ringkas tentang perniagaan runcit.



Pelajar menjawab salam dan membaca doa.


Pelajar diarahkan untuk membaca nota tersebut dan menumpukan perhatian.

Pelajar memberikan perhatian terhadap video yang ditayangkan oleh guru.





Pelajar mendengar apa yang disampaikan oleh guru.




Kaedah/Teknik :
Penerangan, Perbincangan dan soal jawab.

BBM :
Tayangan video dan Nota Ringkas

Nilai :
Menghormati, Tekun, Bekerjasama.

KBKK :
Menjana idea.

Langkah 1
Penerangan
(+/- 10 minit)


Fungsi peruncit dalam saluran agihan.
-          Memecah pukal
-          Sediakan kemudahan
kredit
-          Menjual pelbagai jenis barang
-          Perkhidmatan selepas jualan

Jenis-jenis perniagaan runcit :
-          Peruncit kecil-kecilan
-          Peruncit besar-besaran








Ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan.
-          Mudah dibentuk
-          Mudah diurus
-          Pemilikan
-          Kos overhead yang rendah

Guru menyoal dan memberi penerangan kepada dengan menggunakan papan putih untuk menerangkan fungsi peruncit dalam saluran agihan.

Guru meminta pelajar mengisi gambar rajah perniagaan runcit pada mounting board yang disediakan oleh guru di hadapan kelas. Guru memberikan penerangan setelah pelajar selesai mengisi rajah tersebut.

Guru menerangkan ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan dengan menggunakan kad imbas kepada pelajar.

Guru mengajukan soalan :


a)      Berikan sebab mengapa perniagaan runcit mudah di urus dan dibentuk.

Guru menghuraikan dengan lebih mendalam tentang tajuk tersebut.


Pelajar diarahkan untuk memberikan perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan merujuk nota yang diberikan oleh guru.



Pelajar memberi maklum balas terhadap pertanyaan guru dengan menyemak nota yang diberikan. Pelajar memberi kerjasama dengan mengisi jawapan pada gambar rajah yang disediakan.

Pelajar memberikan tumpuan terhadap penerangan guru dan mencatat isi-isi penting.


Pelajar memberikan jawapan terhadap soalan


 yang diajukan oleh guru.

Kaedah/Teknik :
Perbincangan, Penerangan dan soal jawab.

BBM :
Gambar rajah, Papan putih, kad Imbas, Nota Ringkas

Nilai :
Menghormati, Peka, Berani, Bekerjasama.

KBKK :
Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai serta meneliti bahagian-bahagian kecil
dan keseluruhan.

Langkah 2
Aktiviti
Berkumpulan
(+/- 5 minit)


Jenis-jenis peruncit besar-besaran.

-          Kedai sejaras
-          Pasar raya besar
-          Koperasi runcit
-          Pasar raya
-          Gedung aneka jabatan


Menjelaskan kelebihan dan kekurangan setiap jenis peruncit besar-besaran.


Guru mengagihkan pelajar mengikut
kumpulan dan memberikan kad manila berserta marker pen kepada pelajar.



Guru beri topik pembentangan kepada pelajar.



Guru memantau dan beri penerangan ringkas.


Pelajar duduk di dalam kumpulan yang telah
dibentuk yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.




Pelajar membuat perbincangan di dalam kumpulan yang telah dibentuk dengan merujuk buku teks masing-masing.




Kaedah/Teknik :
Penerangan, Soal jawab, Perbincangan.

BBM :
Buku Teks, Kad manila, Marker pen.

Nilai :
Menghormati, Berani, Yakin, Bekerjasama.




KBKK :
Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai.


Langkah 3
Penilaian
 (+/- 8 minit)


Pembentangan pelajar.


Guru memperbetulkan kesilapan dan membuat penambahbaikan.


Guru membuat rumusan.


Guru memantau pembentangan pelajar.

Guru memberi komen dan  pujian.

Pelajar melakukan pembentangan.

Pelajar menerima komen dan pujian dari guru.

Kaedah/Teknik :
Penerangan, Soal jawab,
Perbincangan.

BBM :
Kad manila, Marker pen.

Nilai :
Menghormati, Berani,
Yakin, Bekerjasama.

KBKK :
Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai.


Penutup
(+/- 2 minit)



 Perniagaan yang menjual pelbagai barang kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna”.


Penutup sosial dan kognitif.


Guru meminta pelajar membuat kesimpulan sebelum guru memberi rumusan secara keseluruhan.

Guru memberi motivasi serta pujian kepada murid agar mereka lebih bersemangat.

Guru memberi sub-topik akan datang dan memberi tugasan kepada pelajar melalui latihan yang terdapat dalam buku teks.


Pelajar membuat kesimpulan dan mendengar kesimpulan yang diberi oleh guru.


Pelajar menerima pujian dan motivasi daripada guru.


Pelajar catat maklumat yang diberi oleh guru.

Kaedah/Teknik :
Penerangan

BBM :
Buku teks

Nilai :
Menghormati, dan Bekerjasama.

KBKK :    -









Refleksi guru :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Komen pensyarah/guru pembimbing :

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2 comments: