Monday, 17 October 2016
Tuesday, 4 October 2016
Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran
Sekolah
Berdasarkan salah satu RPH yang disediakan
dalam tugasan 2,
·
Sediakan/
tuliskan satu proses melaksanakan tugasan pentaksiran dalam bilik darjah yang
telah dirancang dalam RPH bersama rubrik yang sesuai.
Untuk mendapat markah yang penuh berikut adalah skala permarkahan dalam tugasan pentaksiran dalam bilik darjah :
1. Pemilihan kaedah pentaksiran yang
sepadan/sejajar dengan hasil pembelajaran,
2. Menyediakan pelbagai pentaksiran dalam
PdP yang dirancang
3. Ada perancangan pentaksiran tugasan
autentik dengan berbagai aras kesukaran
4. Menyediakan langkah-langkah yang
sangat jelas untuk melaksanakan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang.
5. Menyediakan rekod prestasi
pelajar yang sangat kemaskini
6. kerjasama cemerlang antara ahli kumpulan
Berikut adalah dua contoh rubrik seperti mana dikehendaki.
Rubrik Jadual spesifikasi kandungan
|
Bil.
|
Kriteria pentaksiran Jadual Spesifikasi Kandungan
|
|
Skor
|
|
|
||
|
|
|
1
|
2
|
3
|
4
|
||
|
1.
|
Meliputi keseluruhan topik dalam kandungan
|
|
|
|
|
||
|
2.
|
Susunan isi pelajaran setiap topik
menggunakan prinsip mudah/senang kepada kompleks/susah atau berdasarkan
konkrit kepada abstrak
|
|
|
|
|
||
|
3.
|
Penentuan proses PdP menjurus
kepada 3 domain – kognitif, afektif dan psikomotor
|
|
|
|
|
||
|
4.
|
Penggunaan bahasa tinggi dan jelas
|
|
|
|
|
||
Rubrik Jadual spesifikasi Ujian
|
Bil.
|
Kriteria pentaksiran -
|
|
Skor
|
|
|
||
|
|
|
1
|
2
|
3
|
4
|
||
|
1.
|
Disediakan berdasarkan Taksanomi
Bloom
|
|
|
|
|
||
|
2.
|
Pembinaan item menepati ciri item
yang berkualiti
|
|
|
|
|
||
|
3.
|
Pembahagian pemberat, peratusan
dan aras yang seimbang
|
|
|
|
|
||
|
4.
|
Penggunaan bahasa tinggi dan jelas
|
|
|
|
|
||
|
5.
|
Menepati kriteria format JSU
|
|
|
|
|
||
Friday, 23 September 2016
Tugasan PPP3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan
PPP 3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan
Tugasan
Berkumpulan 1 : Persediaan dan
Pembentangan Powerpoint Kuliah (10%)
a) Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang
pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang sama
untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2. Setiap kumpulan kuliah kursus
ini perlu ada 10 kumpulan untuk membentangkan bab yang terdapat di dalam
buku teks yang digunakan.
b) Sediakan powerpoint
untuk proses pengajaran dan pembelajaran mengikut bab yang ditetapkan oleh
pensyarah seperti ayng terdapat di dalam Rancangan Instruksional.
c) Pensyarah
akan memaklumkan kumpulan yang terlibat untuk menyediakan powerpoint bab untuk
minggu seterusnya seminggu sebelum pembentangan bab tersebut diadakan.
Pensyarah akan memberi tempoh masa selama
seminggu untuk setiap kumpulan menyediakan tugasan tersebut.
d) Pelajar
perlu memberi contoh yang berbeza
daripada buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Contoh yang digunakan
mesti berkaitan dengan bidang/subjek/sekolah/isu semasa dan pendidikan sahaja
bergantung kepada bab yang diperoleh.
Pelajar juga digalakkan untuk mencadangkan aktiviti yang asli (original)
dengan bab yang dibincangkan. Markah bonus akan dipertimbangkan oleh pensyarah
kumpulan masing-masing.
e) Tugasan
tersebut perlu dimuatkan dengan peta
minda dan tiga (3) soalan penilaian kendiri yang terdapat di akhir setiap
bab buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Jawapan lengkap perlu diberi
untuk soalan yang dipilih. Pemilihan
tiga soalan penilaian kendiri tersebut akan ditentukan oleh pensyarah atau
mengikut budi bicara pensyarah kumpulan masing-masing.
f) Pelajar
perlu menyediakan powerpoint semasa membentangkan tugasan tersebut. Tugasan tersebut perlu dihantar secara softcopy (cd) dan hard copy kepada
pensyarah selewat-lewatnya pada hari pembentangan tugasan berkenaan,
g) Setiap
ahli kumpulan perlu membentangkan tugasan ini dan gambar setiap ahli kumpulan
perlu disertakan di dalam tugasan ini.
h) Rujukan
juga perlu dibuat (sekurang-kurangnya 7 artikel jurnal/buku/website yang
berilmiah dan boleh dipercayai- tahun 2010 ke atas).
i) Sekiranya
pelajar didapati melakukan plagiat, tiada markah diperuntukkan untuk tugasan
ini serta dikenakan tindakan tatatertib di atas kecurangan akademik yang
dilakukan.
j) Masa yang diperuntukkan untuk membentang tugasan
ini sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit dan kemudiannya akan diambil alih oleh
pensyarah untuk sesi perbincangan lanjut serta soal jawab berkaitan bab yang
dibincangkan.
Tugasan
Berkumpulan 2 - Aktiviti Kritis dan Kreatif (20%) dan Pameran (20%)
a) Bentukan
kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang
sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2.
b) Sediakan
satu produk (Alat Bantu Mengajar eg. helaian
kerja interaktif, multimedia, permainan, uji minda, 3D) dalam bentuk CD
atau buku yang mengandungi sekurang-kurangnya enam (6) aktivitis kritis dan
kreatif untuk melaksanakan satu atau lebih unit untuk satu mata pelajaran.
c) Tentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut
subjek yang khusus contohnya Sains/ Matematik/ Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu;
tingkatan dan juga tahap kognitif pelajar iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
d) Setiap aktiviti utama boleh disertai dengan
beberapa aktiviti kecil.
e) Setiap aktiviti mesti mempunyai objektif
pembelajaran, cara menjalankan aktiviti, dan cadangan penyelesaian.
f) Semua tugasan tersebut akan dipamerkan. Anda perlu sediakan
satu poster untuk produk hasilan kumpulan anda.
Sunday, 5 June 2016
Teks Ucapan
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih pengacara majlis,
Yang dihormati mantan YDP kelab
keusahawanan (BECC),
– Mohamad Nabilfadli b.
Kamarulzaman
Yang dihormati pengarah program
makan malam kelab keusahawanan,
- Liew Tsun Hiung
Ahli-ahli jawatankuasa kelab
keusahawanan dan
Ahli-ahli kelab keusahawanan yang
dikasihi.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1.
Alhamdulilah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan Taufik dan InayahNya dapat kita
berkumpul dalam majlis makan malam ini. Pertama sekali saya ingin menyatakan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu
yang hadir pada malam ini.
2.
Saya bersyukur program ini dapat dilaksanakan dengan
bantuan dari semua pihak. Majlis Makan Malam ini adalah salah satu agenda besar
yang akan berlangsung dalam kelab keusahawanan (BECC) untuk setiap tahun.
Sebagai mana semua telah maklum, peranan dan fungsi kelab ini adalah untuk
merapatkan serta mengekalkan hubungan silaturahim antara warga kelab
keusahawanan (BECC).
Hadirin sekalian,
3.
Saya selaku penasihat kelab keusahawanan berasa amat
gembira dan bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar dengan
kerjasama semua pihak. Harapan saya agar kelab keusahawanan akan terus berusaha
meningkatkan lagi aktiviti untuk memupuk semangat kekitaan, persefahaman dan
saling bantu-membantu di kalangan ahli-ahli kelab BECC. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih atas kesudian ahli-ahli kelab BECC yang hadir ke Majlis makan
malam ini.
4.
Akhir sekali, dengan lafaz kalimah
suci Bismillahirrahmannirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Makan
Malam Kelab Keusahawanan (BECC) 2016.
Sekian, wabillahitaufik
walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
Wednesday, 25 May 2016
Overview kemahiran mikro pengajaran yang berkesan
10 Kemahiran Mikropengajaran :
1. Permulaan Pengajaran
2. Penyoalan
3. Penerangan
4. Pengukuhan
5. Pengilustrasi dengan Contoh
6. Pengendalian Demonstrasi
7. Perbincangan
8. Pengendalian Kerja Amali
9. Penutup
10.Penulisan Refleksi.
2. Penyoalan
3. Penerangan
4. Pengukuhan
5. Pengilustrasi dengan Contoh
6. Pengendalian Demonstrasi
7. Perbincangan
8. Pengendalian Kerja Amali
9. Penutup
10.Penulisan Refleksi.
1. Permulaan Pengajaran
Kemahiran ini juga dikenali sebagai Set Induksi. Anda perlu menyediakan bahan P & P yang bermakna dan dikaitkan dengan persekitaran pelajar. Anda perlu juga mengaitkan dengan isi kandungan yang selari dengan objektif pengajaran.Perkaitan dengan pengetahuan sedia pelajar adalah di antara tujuan anda di sini dan membangkitkan semangat ingin meneroka para pelajar ke bahagian yang seterusnya.
2. Penyoalan
Kemahiran ini membantu pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Anda perlu membina aras soalan aras tinggi (KBAT) dan gunakan i-Think. Penyoalan adalah kemahiran untuk membantu para pelajar berfikir. Bahagian ini penting untuk membantu guru bagaimana merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas. Anda perlu membina soalan yang berkaitan dengan domain kognitif mengikut Bloom. Domain-domain itu adalah dari aspek Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
3. Penerangan
Kemahiran yang perlu adalah ayat pembukaan, teknik penceritaan berkait dengan isi kandungan, ada yang menggunakan illustrasi dan ringkasan isi kandungan penerangan. Penyusunan idea adalah sangat penting dalam peringkat ini. Anda mesti memastikan penerangan anda jelas, ada unsur penegasan, kesinambungan, dan mendapat maklumbalas pelajar.
4. Pengukuhan
Anda perlu menggunakan prinsip memperkukuh yang positif. Tunjukkan kemesraan, semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan. Gunakan bahasa lisan positif seperti baik, teruskan dan fikirkan sekali lagi sebagai contohnya. Gunakan tindakan bukan lisan seperti senyum, mengangguk kepala dan menepuk tangan. Anda boleh gunakan unsur ganjaran. Selain itu, anda boleh mengulang jawapan pelajar atau susun semula jawapan pelajar.
5. Pengilustrasi dengan Contoh.
Penyampaian menjadi lebih menarik jika disertai dengan contoh yang sesuai. Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit atau gambarajah berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar. Anda perlu melibatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran.
6. Pengendalian secara demontrasi
Kemahiran ini adalah tunjuk cara dalam proses pengajaran pembelajaran. Jenis-jenis demontrasi adalah demontrasi guru, demonstrasi guru-pelajar, demonstrasi pelajar dan demonstrasi tetamu jemputan. Tujuan adalah untuk mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing, membina kefahaman, dan merangsang pemikiran kritis dan kreatif.
7. Perbincangan
Kemahiran ini bertujuan memperkukuhkan pembelajaran, melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan dan merangsang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bahagian ini juga memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar.
8. Pengendalian Kerja Amali.
Bahagian ini adalah bertujuan kemahiran praktik yang generik, membina kemahiran bekerja dalam kumpulan dan bertujuan meningkatkan penguasaan isi kandungan. Bahagian ini memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah dan semangat sains serta membina pengetahuan sains secara empirik.
9. Penutup
Kemahiran di sini dikaitkan dengan kemahiran merumus, dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yang disediakan tercapai atau tidak. Penutup perlu sesuai dengan objektif dan aktiviti pengajaran. Penutup juga bertujuan menarik perhatian tentang perkara baru yang hendak dipelajari serta mengukuhkan konsep dan kemahiran baru. Terdapat dua penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif adalah bertujuan mengukuhkan pelajaran dengan memberikan perhatian terhadap fakta yang dipelajari. Penutup sosial menekankan perasaan yang dialami semasa proses P & P.
10. Penulisan Refleksi
Tujuan adalah untuk mengenal pasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambaikan. Selain itu, bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Anda perlu juga merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionaliseme.
Saturday, 21 May 2016
Laut : Setenang dirimu. Segelora dirimu.
*Tazkirah Jumaat*
Kaca mata yang berbeza
Bajau Laut : Last of the Sea Nomads.
www.jamesmorgan.co.uk
Perspektif yang berlainan terhadap sesuatu yang bernama laut
Seorang kanak-kanak kehilangan sepasang kasut ditelan oleh air laut.
Lalu dia menulis di atas pasir pantainya, Laut ini *pencuri*...!!
Tidak jauh dari situ seorang nelayan memperoleh hasil tangkapan ikan yang banyak.
Lalu dia menulis di atas pasir pantainya: Laut ini sangat *pemurah*..!!
Seorang pemuda tenggelam di hanyutkan oleh air laut...
Lalu ibunya menulis di atas pasir pantainya : Laut ini *Pembunuh* *Pembunuh...!!*
Di sebelah sana pulak, seorang lelaki tua memperoleh sebutir mutiara yang berharga dari
hasil tangkapan lautnya lalu ia menulis.. Laut ini *punca rezeki*.
Tidak lama selepas itu, pantai di bidai oleh ombak dan terpadamnya semua kata-kata tadi....
*Jangan* hiraukan kata-kata orang mengenai diri kita, Masing-masing melihat dari sudut pandangannya sahaja.
Hapuskan persengketaan untuk mengekalkan persahabatan, jangan putuskan persahabatan kerana suatu kesalahan.
Thursday, 19 May 2016
How to write a good thesis
Projek tahun akhir SMP/Sarjana
MOOC MALAYSIA
How to write a good thesis.
Saudara/Saudari boleh rujuk kepada link berikut :
https;//www.openlearning.com/malaysiamoocs.
MOOC MALAYSIA
How to write a good thesis.
Saudara/Saudari boleh rujuk kepada link berikut :
https;//www.openlearning.com/malaysiamoocs.
Semoga penulisan thesis anda menjadi ceria seperti sang mentari
Gambar Buku Halaman Belakang
Gambar Buku Halaman Belakang
Subscribe to:
Posts (Atom)




