Sunday, 5 June 2016

Teks Ucapan

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih pengacara majlis,
Yang dihormati mantan YDP kelab keusahawanan (BECC),
– Mohamad Nabilfadli b. Kamarulzaman
Yang dihormati pengarah program makan malam kelab keusahawanan,
- Liew Tsun Hiung
Ahli-ahli jawatankuasa kelab keusahawanan dan
Ahli-ahli kelab keusahawanan yang dikasihi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1.      Alhamdulilah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan Taufik dan InayahNya dapat kita berkumpul dalam majlis makan malam ini. Pertama sekali saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini.

2.      Saya bersyukur program ini dapat dilaksanakan dengan bantuan dari semua pihak. Majlis Makan Malam ini adalah salah satu agenda besar yang akan berlangsung dalam kelab keusahawanan (BECC) untuk setiap tahun. Sebagai mana semua telah maklum, peranan dan fungsi kelab ini adalah untuk merapatkan serta mengekalkan hubungan silaturahim antara warga kelab keusahawanan (BECC).

Hadirin sekalian,
3.      Saya selaku penasihat kelab keusahawanan berasa amat gembira dan bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak. Harapan saya agar kelab keusahawanan akan terus berusaha meningkatkan lagi aktiviti untuk memupuk semangat kekitaan, persefahaman dan saling bantu-membantu di kalangan ahli-ahli kelab BECC.  Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ahli-ahli kelab BECC yang hadir ke Majlis makan malam ini.

4.      Akhir sekali, dengan lafaz kalimah suci Bismillahirrahmannirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Makan Malam Kelab Keusahawanan (BECC) 2016.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.


2 comments:

  1. wauu, penasihat kelab keusahawanan ye...berat tanggungjawab tu...ringkas dan padat ucapan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    dh lama x pegi majlis mcm nie.x penah la kene bagi ucapan,jadi AJK tue biaselah.

    ReplyDelete