Showing posts with label PPP 3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label PPP 3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan. Show all posts

Thursday, 5 December 2019

Pemikiran sikit-sikit menjadi bukit

Dari Meja Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI teman ingin mengajak saudara/saudari memikirkan peribahasa sikit demi sikit lama kelamaan menjadi bukit.

Dalam mengurus kehidupan seharian, kita seharusnya memulakan sesuatu secara berdikit-dikit. Pecahkan kerja kepada sub tugasan yang kecil. Lama kelamaan yang kecil itu akan menjadi bukit. Contohnya menyiapkan sebuah buku yang setebal 365 muka surat setiap tahun. Anda perlu menyiapkan satu muka surat dalam sehari. Bila subtugasan itu dipecahkan, sudah tentu boleh dapat disiapkan menjelang akhir tahun.

Sudah tentu pemikiran sedikit demi sedikit lama kelamaan menjadi bukit harus dimulakan dengan langkah pertama. Sudah tentu anda perlu mendengar perjalanan seribu batu harus bermula dengan langkah yang pertama. Apa sekalipun, kita perlu terus mula walaupun pada peringkat permulaan hanya kecil dan tidak seberapa. Terus konsisten, bermotivasi dan teruskan perjalanan. Lama-kelamaan kita akan sampai ke destinasinya. Anda seharusnya komited, dan terus sampai ke penghujung jalan. Jangan cepat berputus asa dan percaya serta yakin kepada diri sendiri. Lakukan sahaja apa yang telah dirancangkan, insyallah anda akan tinggal di rumah yang besar dan selesa daripada rumah yang dahulunya kecil dan sempit.   

Silhouette of Mountain (Hedi Benyarnes)

  

Monday, 11 December 2017

Pemikiran Strategik : 6 Topi Pemikiran

Pemikiran Strategik:

Oleh Muhammad Muhayudeen Musa


6 Topi Pemikiran:
Topi Hijau
=======
+Melambangkan pemikiran yang kreatif 
+Melambangkan fikiran yang subur dengan idea
+Digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada
+ topi ini digunakan ketika menyelesaikan masalah

Topi Biru
======
+ Melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai
+ Melambangkan langit, yang bermakna paling atas
+ Mengawasi topi-topi lain bekerja

Topi Kuning
========
+ Melambangkan pemikiran yang konstruktif 
+ Melambangkan kecerahan yang bermakna positif
+ Digunakan bagi mencari segala faedah daripada idea alternatif oleh topi hijau 
+ Topi ini digunakan bagi menyelesaikan idea-idea yang banyak kelemahan

Topi Putih
=======
+ Melambangkan pemikiran objektif 
+ Melambangkan kebersihan yang bermakna tiada prejudis 
+ Digunakan bagi mencari fakta, angkat dan maklumat
+ Dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif

Topi Hitam
=======
+ Melambangkan pemikiran yang kritikal Dan negatif
+ Digunakan untuk mencari segala yang salah, sukar, berisiko Dan berbahaya
+ Berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan Dan keselamatan 
+ Dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala keburukan Dan kerugian

Topi Merah
========
+ Melambangkan pemikiran yang emosional 
+ Membenarkan pemikiran emosi Dan intuisi sewaktu berfikir 
.
.
Kita selalu guna topi yang mana? 
.

Kredit: Institut Tadbiran Awam Negara

Untuk renungan anda :

Pemikiran Strategik:
Ini jawapan yang biasa dengar:
1+1 = 2
Ini jawapan yang lain:
1+1 = 1 (apabila 2 titik air disatukan)
1+1 = 0 (apabila 2 titik air dipanaskan)
1+1 = 3 (apabila apabila seorang Lelaki mengahwini seorang wanita Dan dikurniakan cahaya mata. Dan bilangannya mungkin bertambah
1+1 = 10 (apabila seorang individu berbuat kebajikan kepada individu yang lain, maka diberikan 10 ganjaran)

Friday, 23 September 2016

Tugasan PPP3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan

PPP 3143 Kreativiti dan Inovasi  dalam Pendidikan

Tugasan Berkumpulan 1 :  Persediaan dan Pembentangan Powerpoint Kuliah (10%)

a) Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang  sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2. Setiap kumpulan kuliah kursus ini perlu ada 10 kumpulan untuk membentangkan bab yang terdapat di dalam buku teks yang digunakan.
b) Sediakan powerpoint untuk proses pengajaran dan pembelajaran mengikut bab yang ditetapkan oleh pensyarah seperti ayng terdapat di dalam Rancangan Instruksional.
c)  Pensyarah akan memaklumkan kumpulan yang terlibat untuk menyediakan powerpoint bab untuk minggu seterusnya seminggu sebelum pembentangan bab tersebut diadakan. Pensyarah akan memberi tempoh masa selama seminggu untuk setiap kumpulan menyediakan tugasan tersebut.
d)  Pelajar perlu memberi contoh yang berbeza daripada buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Contoh yang digunakan mesti berkaitan dengan bidang/subjek/sekolah/isu semasa dan pendidikan sahaja bergantung kepada bab yang diperoleh.  Pelajar juga digalakkan untuk mencadangkan aktiviti yang asli (original) dengan bab yang dibincangkan. Markah bonus akan dipertimbangkan oleh pensyarah kumpulan masing-masing.
e)  Tugasan tersebut perlu dimuatkan dengan peta minda dan tiga (3) soalan penilaian kendiri yang terdapat di akhir setiap bab buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Jawapan lengkap perlu diberi untuk soalan yang dipilih.  Pemilihan tiga soalan penilaian kendiri tersebut akan ditentukan oleh pensyarah atau mengikut budi bicara pensyarah kumpulan masing-masing.
f)  Pelajar perlu menyediakan powerpoint semasa membentangkan tugasan tersebut. Tugasan tersebut perlu dihantar secara softcopy (cd) dan hard copy kepada pensyarah selewat-lewatnya pada hari pembentangan tugasan berkenaan,
g)  Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan tugasan ini dan gambar setiap ahli kumpulan perlu disertakan di dalam tugasan ini.
h)  Rujukan juga perlu dibuat (sekurang-kurangnya 7 artikel jurnal/buku/website yang berilmiah dan boleh dipercayai- tahun 2010 ke atas).
i)  Sekiranya pelajar didapati melakukan plagiat, tiada markah diperuntukkan untuk tugasan ini serta dikenakan tindakan tatatertib di atas kecurangan akademik yang dilakukan.
j) Masa yang diperuntukkan untuk membentang tugasan ini sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit dan kemudiannya akan diambil alih oleh pensyarah untuk sesi perbincangan lanjut serta soal jawab berkaitan bab yang dibincangkan.

Tugasan Berkumpulan 2 - Aktiviti Kritis dan Kreatif (20%) dan Pameran (20%)

a)  Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2.
b)  Sediakan satu produk (Alat Bantu Mengajar eg. helaian kerja interaktif, multimedia, permainan, uji minda, 3D) dalam bentuk CD atau buku yang mengandungi sekurang-kurangnya enam (6) aktivitis kritis dan kreatif untuk melaksanakan satu atau lebih unit untuk satu mata pelajaran.
c) Tentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut subjek yang khusus contohnya Sains/ Matematik/ Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu; tingkatan dan juga tahap kognitif pelajar iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
d) Setiap aktiviti utama boleh disertai dengan beberapa aktiviti kecil.
e) Setiap aktiviti mesti mempunyai objektif pembelajaran, cara menjalankan aktiviti, dan cadangan penyelesaian.
f) Semua tugasan tersebut akan dipamerkan. Anda perlu sediakan satu poster untuk produk hasilan kumpulan anda.