10 Kemahiran Mikropengajaran :
1. Permulaan Pengajaran
2. Penyoalan
3. Penerangan
4. Pengukuhan
5. Pengilustrasi dengan Contoh
6. Pengendalian Demonstrasi
7. Perbincangan
8. Pengendalian Kerja Amali
9. Penutup
10.Penulisan Refleksi.
2. Penyoalan
3. Penerangan
4. Pengukuhan
5. Pengilustrasi dengan Contoh
6. Pengendalian Demonstrasi
7. Perbincangan
8. Pengendalian Kerja Amali
9. Penutup
10.Penulisan Refleksi.
1. Permulaan Pengajaran
Kemahiran ini juga dikenali sebagai Set Induksi. Anda perlu menyediakan bahan P & P yang bermakna dan dikaitkan dengan persekitaran pelajar. Anda perlu juga mengaitkan dengan isi kandungan yang selari dengan objektif pengajaran.Perkaitan dengan pengetahuan sedia pelajar adalah di antara tujuan anda di sini dan membangkitkan semangat ingin meneroka para pelajar ke bahagian yang seterusnya.
2. Penyoalan
Kemahiran ini membantu pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Anda perlu membina aras soalan aras tinggi (KBAT) dan gunakan i-Think. Penyoalan adalah kemahiran untuk membantu para pelajar berfikir. Bahagian ini penting untuk membantu guru bagaimana merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas. Anda perlu membina soalan yang berkaitan dengan domain kognitif mengikut Bloom. Domain-domain itu adalah dari aspek Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
3. Penerangan
Kemahiran yang perlu adalah ayat pembukaan, teknik penceritaan berkait dengan isi kandungan, ada yang menggunakan illustrasi dan ringkasan isi kandungan penerangan. Penyusunan idea adalah sangat penting dalam peringkat ini. Anda mesti memastikan penerangan anda jelas, ada unsur penegasan, kesinambungan, dan mendapat maklumbalas pelajar.
4. Pengukuhan
Anda perlu menggunakan prinsip memperkukuh yang positif. Tunjukkan kemesraan, semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan. Gunakan bahasa lisan positif seperti baik, teruskan dan fikirkan sekali lagi sebagai contohnya. Gunakan tindakan bukan lisan seperti senyum, mengangguk kepala dan menepuk tangan. Anda boleh gunakan unsur ganjaran. Selain itu, anda boleh mengulang jawapan pelajar atau susun semula jawapan pelajar.
5. Pengilustrasi dengan Contoh.
Penyampaian menjadi lebih menarik jika disertai dengan contoh yang sesuai. Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit atau gambarajah berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar. Anda perlu melibatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran.
6. Pengendalian secara demontrasi
Kemahiran ini adalah tunjuk cara dalam proses pengajaran pembelajaran. Jenis-jenis demontrasi adalah demontrasi guru, demonstrasi guru-pelajar, demonstrasi pelajar dan demonstrasi tetamu jemputan. Tujuan adalah untuk mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing, membina kefahaman, dan merangsang pemikiran kritis dan kreatif.
7. Perbincangan
Kemahiran ini bertujuan memperkukuhkan pembelajaran, melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan dan merangsang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bahagian ini juga memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar.
8. Pengendalian Kerja Amali.
Bahagian ini adalah bertujuan kemahiran praktik yang generik, membina kemahiran bekerja dalam kumpulan dan bertujuan meningkatkan penguasaan isi kandungan. Bahagian ini memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah dan semangat sains serta membina pengetahuan sains secara empirik.
9. Penutup
Kemahiran di sini dikaitkan dengan kemahiran merumus, dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yang disediakan tercapai atau tidak. Penutup perlu sesuai dengan objektif dan aktiviti pengajaran. Penutup juga bertujuan menarik perhatian tentang perkara baru yang hendak dipelajari serta mengukuhkan konsep dan kemahiran baru. Terdapat dua penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif adalah bertujuan mengukuhkan pelajaran dengan memberikan perhatian terhadap fakta yang dipelajari. Penutup sosial menekankan perasaan yang dialami semasa proses P & P.
10. Penulisan Refleksi
Tujuan adalah untuk mengenal pasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambaikan. Selain itu, bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Anda perlu juga merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionaliseme.
No comments:
Post a Comment