Thursday, 9 March 2017

Refleksi Mikropengajaran

Kemahiran Teknik Permulaan Set Induksi


Greak-an.com : Innovasi dan Kreativiti dalam pengajaran & pembelajaran.

Set Induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kata lain, memperkenalkan sesuatu kepada pelajar.

Dalam set induksi sesi pengajaran ini, saya telah menayangkan video yang berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari. Saya juga bertanyakan soalan bagi menguji pengetahuan pelajar. Soalan-soalan spontan adalah berkaitan dengan dengan tajuk yang akan dipelajari pada sesi pelajaran hari tersebut. Ia membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan untuk membina konsep baru. Set Induksi yang dapat disampaikan dalam masa yang singkat serta mampu mencapai tujuannya membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan lancar kerana murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran seterusnya.

Kekuatan

Hasil daripada mikropengajaran apa yang dapat diperhatikan adalah penggunaan ketegasan, kelantangan dan intonasi suara adalah penting bagi menarik perhatian pelajar. Dengan kelantangan suara, saya dapat menyampaikan mata pelajaran dengan mudah. Suara saya yang jelas pula mudah difahami oleh pelajar. Pelajar akan memberikan tumpuan dan fokus terhadap isi pengajaran yang ingin saya sampaikan. Mereka mengekspesikan wajah yang ceria dan semangat untuk meneruskan pembelajaran. Ia jelas lagi dilihat apabila saya menayangkan video berkaitan topik yang saya ajar. Saya meletakkan latar belakang muzik yang memberi semangat bagi menarik perhatian mereka untuk menonton video yang saya sediakan. Ia bagi meningkatkan motivasi murid agar mereka menunjukkan tanda bersedia terhadap pelajaran yang akan saya sampaikan serta memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas. Kemudian, saya menyoal mereka bagi menguji pengetahuan mereka. Mereka berebut-rebut untuk menjawab. Pelajar begitu aktif menjawab pertanyaan saya. Komunikasi dua hala antara guru dan pelajar juga dapat dirasai. Ia dapat mencapai objektif pengajaran serta membantu pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.

Kelemahan

Kelemahan yang dapat saya sedari adalah dari segi penyampaian yang agak laju. Kemungkinan disebabkan oleh sikap gemuruh dan resah yang menganggu penyampaian saya yang menjadi begitu cepat. Ia mungkin memberi kesan ke atas pelajar yang lemah. Mereka kurang faham tentang topik yang saya ajar. Selain itu, keadaan kelas yang agak bising boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, saya perlu pastikan pelajar tidak berasa bosan dengan cara penyampaian saya. Saya terlupa hendak membandingkan atau membezakan dengan perkara-perkara biasa mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar. Saya perlu kaitkan dengan peristiwa-peristiwa semasa di sekeliling para pelajar.

Ulasan Pensyarah.

Di sini anda perlu mengulas dari segi kekuatan dan kelemahan anda dalam proses mikropengajaran.
Anda semua memiliki kelebihan dan kekurangannya masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Anda perlu mengenali kekuatan dan kekurangan masing-masing. Tetapi buat saya lebih baik anda mengembangkan diri dengan mempelajari kekuatan atau daya penarik yang ada pada proses PdP daripada menghilangkan kekurangan tersebut. Akhirnya, kelebihan-kelebihan tadi akan menutupi kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Setelah mengetahui kelebihan dan kekurangan kita, apa yang akan kita lakukan ? Langkah pertama adalah menerima dengan lapang dada bahwa kita memiliki kelebihan sekaligus juga memiliki kekurangan. Secara singkat, menerima serta menjadi diri sendiri. Tidak ada yang salah dengan diri anda dan tidak ada jawapan atas pertanyaan mengapa saya seperti ini. Tuhan memang menciptakan manusia dengan keunikannya sendiri dengan tujuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Langkah kedua adalah memperbaiki kelemahan itu. Jangan takut dengan kelemahan kita sendiri. Anda perlu berusaha untuk berubah. Kita berusaha memperbaiki dan mencapai tahap yang lebih baik. Anda perlu menggunakan Prinsip Pareto.

Apabila kita terlupa pada Prinsip Pareto, kita mudah kecewa dengan prestasi kerja kita sendiri.
Kita sangka jika kita buat 10 kerja, semua 10 kerja itu akan menjadi.Apabila cuma 2 yang menjadi, manakala 8 yang lain tidak menjadi, kita kecewa terhadap diri sendiri. Kita berasa kita tidak pandai membuat kerja, ada kesilapan yang telah dilakukan. Kita rasa kita tidak cukup bagus. Ingat prinsip 20:80. Daripada 10 yang diusahakan, 2 sahaja yang menjadi. Begitulah kehidupan ini. Jadi, kita fokus pada yang 2 itu. Jangan kita patah semangat atas sebab ada 8 yang tidak menjadi. Memang begitu norma-nya. Jalan terus dan berusaha.Jangan pandang belakang. (Ainon Mohd)

Kita mesti selalu ingat Prinsip Pareto atau logik 20 :80. Daripada 10 usaha yang dijalankan, 2 sahaja yang akan menjadi dengan baik. 

No comments:

Post a Comment