Wednesday, 25 May 2016

Overview kemahiran mikro pengajaran yang berkesan

10 Kemahiran Mikropengajaran :
1. Permulaan Pengajaran
2. Penyoalan
3. Penerangan
4. Pengukuhan
5. Pengilustrasi dengan Contoh
6. Pengendalian Demonstrasi
7. Perbincangan
8. Pengendalian Kerja Amali
9. Penutup
10.Penulisan Refleksi.

1. Permulaan Pengajaran
    Kemahiran ini juga dikenali sebagai Set Induksi. Anda perlu menyediakan bahan P & P yang bermakna dan dikaitkan dengan persekitaran pelajar. Anda perlu juga mengaitkan dengan isi kandungan yang selari dengan objektif pengajaran.Perkaitan dengan pengetahuan sedia pelajar adalah di antara tujuan anda di sini dan membangkitkan semangat ingin meneroka para pelajar ke bahagian yang seterusnya.

2. Penyoalan
    Kemahiran ini membantu pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Anda perlu membina aras soalan aras tinggi (KBAT) dan gunakan i-Think. Penyoalan adalah kemahiran untuk membantu para pelajar berfikir. Bahagian ini penting untuk membantu guru bagaimana merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas. Anda perlu membina soalan yang berkaitan dengan domain kognitif mengikut Bloom. Domain-domain itu adalah dari aspek Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. 

3. Penerangan
    Kemahiran yang perlu adalah ayat pembukaan, teknik penceritaan berkait dengan isi kandungan, ada yang menggunakan illustrasi dan ringkasan isi kandungan penerangan. Penyusunan idea adalah sangat penting dalam peringkat ini. Anda mesti memastikan penerangan anda jelas, ada unsur penegasan, kesinambungan, dan mendapat maklumbalas pelajar.

4. Pengukuhan
    Anda perlu menggunakan prinsip memperkukuh yang positif. Tunjukkan kemesraan, semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan. Gunakan bahasa lisan positif seperti baik, teruskan dan fikirkan sekali lagi sebagai contohnya. Gunakan tindakan bukan lisan seperti senyum, mengangguk kepala dan menepuk tangan. Anda boleh gunakan unsur ganjaran. Selain itu, anda boleh mengulang jawapan pelajar atau susun semula jawapan pelajar.

5. Pengilustrasi dengan Contoh.
    Penyampaian menjadi lebih menarik jika disertai dengan contoh yang sesuai. Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit atau gambarajah berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar. Anda perlu  melibatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran. 

6. Pengendalian secara demontrasi
    Kemahiran ini adalah tunjuk cara dalam proses pengajaran pembelajaran. Jenis-jenis demontrasi adalah demontrasi guru, demonstrasi guru-pelajar, demonstrasi pelajar dan demonstrasi tetamu jemputan. Tujuan adalah untuk mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing, membina kefahaman, dan merangsang pemikiran kritis dan kreatif.

7. Perbincangan
    Kemahiran ini bertujuan memperkukuhkan pembelajaran, melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan dan merangsang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bahagian ini juga memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar.

8. Pengendalian Kerja Amali. 
    Bahagian ini adalah bertujuan kemahiran praktik yang generik, membina kemahiran bekerja dalam kumpulan dan bertujuan meningkatkan penguasaan isi kandungan. Bahagian ini memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah dan semangat sains serta membina pengetahuan sains secara empirik.

9. Penutup
    Kemahiran di sini dikaitkan dengan kemahiran merumus, dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yang disediakan tercapai atau tidak. Penutup perlu sesuai dengan objektif dan aktiviti pengajaran. Penutup juga bertujuan menarik perhatian tentang perkara baru yang hendak dipelajari serta mengukuhkan konsep dan kemahiran baru. Terdapat dua penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif adalah bertujuan mengukuhkan pelajaran dengan memberikan perhatian terhadap fakta yang dipelajari. Penutup sosial menekankan perasaan yang dialami semasa proses P & P.

10. Penulisan Refleksi
      Tujuan adalah untuk mengenal pasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambaikan. Selain itu, bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan. Anda perlu juga merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionaliseme.  

      
  



   





Saturday, 21 May 2016

Laut : Setenang dirimu. Segelora dirimu.


*Tazkirah Jumaat*

Kaca mata yang berbeza


Bajau Laut : Last of the Sea Nomads.
www.jamesmorgan.co.uk

Perspektif yang berlainan terhadap sesuatu yang bernama laut


Seorang kanak-kanak kehilangan sepasang kasut ditelan oleh air laut.

Lalu dia menulis di atas pasir pantainya, Laut ini *pencuri*...!! 

Tidak jauh dari situ seorang nelayan memperoleh hasil tangkapan ikan yang banyak.
Lalu dia menulis di atas pasir pantainya: Laut ini sangat *pemurah*..!! 

Seorang pemuda tenggelam di hanyutkan oleh air laut... 

Lalu ibunya menulis di atas pasir pantainya : Laut ini *Pembunuh* *Pembunuh...!!* 

Di sebelah sana pulak, seorang lelaki tua memperoleh sebutir mutiara yang berharga dari 

hasil tangkapan lautnya lalu ia menulis.. Laut ini *punca rezeki*. 

Tidak lama selepas itu, pantai di bidai oleh ombak dan terpadamnya semua kata-kata tadi.... 

*Jangan* hiraukan kata-kata orang mengenai diri kita, Masing-masing melihat dari sudut pandangannya sahaja. 

Hapuskan persengketaan untuk mengekalkan persahabatan, jangan putuskan persahabatan kerana suatu kesalahan. 

Thursday, 19 May 2016

How to write a good thesis

Projek tahun akhir SMP/Sarjana


MOOC MALAYSIA


How to write a good thesis.


Saudara/Saudari boleh rujuk kepada link berikut :

https;//www.openlearning.com/malaysiamoocs.  



Semoga penulisan thesis anda menjadi ceria seperti sang mentari 
Gambar Buku Halaman Belakang

Monday, 16 May 2016

Majlis Makan Malam Pra-Graduasi 2016

Anjuran Kelab Keusahawnan UPSI (BECC)



Moh kita hadir ramai-ramai  

Tuesday, 5 April 2016

Menulis Reviu Buku oleh Prof Abdullah Hassan

MENULIS REVIU BUKU
Sebelum tugasan menulis, biar saya rumuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menyediakan sebuah reviu buku.
Tujuh poin penting:
1. Mengenai buku: judul, penerbit, pengarang, tahun terbitan, tempat, ISBN ... liputannya, buku lain tentang judul yang sama,
2. Mengenai pengarang: kepakarannya, karya lain yang ditulisnya, ...
3. Laporkan kandungan buku: secara ringkas kandungan bukunya, genrenya ... Gunakan senarai kandungan sebagai panduan ... belum perlu diberi ulasan. (Antara 300 hingga 1,000 perkataan, bergantung pada sedalam mana perbicaraan yang dilakukannya.
4. Mengulas kandungan buku. Sekiranya kita belum ada pengalaman, saya mencadangkan tuan-tuan dan puan-puan semua menggunakan formula De Bono ini. Gunakan Six Thinking Hats:
a. Topi putih bagi melihat maklumat yang dibentangkan dalam buku.
b. Topi merah bagi melihat isu buku itu menurut perasaan kita.
c. Topi hitam bagi melihat perkara yang negatif dalam buku itu.
d. Topi kuning bagi membicaranya perkara positif yang ada dalam buku.
e. Topi hijau bagi menilai perkara yang kreatif dalam buku tersebut.
f. Topi biru bagi meninjau keseluruhan buku itu secara rasional ...

5. Mulalah menulis: Fikirkan siapa akan membaca reviu kita, ... orang awam, pelajar universiti, orang agama, peminta seni dan muzik, remaja ... seseuaikan dengan apa yang pembaca kita mahu. Tulislah antara 1,000 hingga 3,000 perkataan tergantung pada audiens pembaca.
6. Tulislah dalam ayat dan bahasa yang mudah difahami. Ayat antara 8 - 20 perkataan mudah ditulis dan difahami. Bahasa yang mudah difahami itu tidak menggunakan istilah dan kosa kata yang tidak diketahui.
Ingat tiga perkara:
a. Gunakan kata hubung dan kata sendi dengan betul. Pada kata hubung dan kata sendi itu terjalin logik bahasa Melayu.
b. Gunakan istilah yang difahami oleh pembaca. Umpamanya dalam ceramah dan tulisan agama, ada banyak istilah bahasa Arab yang tidak difahami oleh pembaca dan pendengarnya. 
c. Ingat nilai ulasan tidak terletak pada perkataan besar dan ayat panjang yang pembaca tidak faham. Nilainya terletak pada perkara yang difahami.

7. Apakah kita mahu memperakukan pembaca lain membeli dan membaca buku ini?

Tuesday, 29 March 2016

RPH Pembelajaran Koperatif

Sila klik gambar di bawah untuk besarkan paparan.








Tuesday, 8 March 2016

Boiling Frog Syndrome

Katak oh! Katak.


www.mariafirdz.com



Letakkan katak hidup di dalam air mendidih. Adakah katak akan melarikan diri ? Jawapan adalah tidak. Katak akan menyesuaikan diri dengan suhu air. Sedikit demi sedikit katak akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan katak akan mati.

Apa yang akan membunuh katak itu sendiri ? Air mendidih atau katak itu sendiri.

Apakah jawapan anda ?

Ramai antara kita akan mengatakan bahawa air mendidih yang akan membunuh katak itu. Sebenarnya yang membunuh katak itu bukan air mendidih. Tetapi sikap dan mentaliti diri sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini panggil dalam psikologi "Boiling Frog Syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah. 

Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dengan sikap yang lama di kala keadaan menuntut anda berubah.