Tuesday, 8 March 2016

Boiling Frog Syndrome

Katak oh! Katak.


www.mariafirdz.com



Letakkan katak hidup di dalam air mendidih. Adakah katak akan melarikan diri ? Jawapan adalah tidak. Katak akan menyesuaikan diri dengan suhu air. Sedikit demi sedikit katak akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan katak akan mati.

Apa yang akan membunuh katak itu sendiri ? Air mendidih atau katak itu sendiri.

Apakah jawapan anda ?

Ramai antara kita akan mengatakan bahawa air mendidih yang akan membunuh katak itu. Sebenarnya yang membunuh katak itu bukan air mendidih. Tetapi sikap dan mentaliti diri sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini panggil dalam psikologi "Boiling Frog Syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah. 

Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dengan sikap yang lama di kala keadaan menuntut anda berubah.  

3 comments:

  1. mudah cerita , jgn salahkan lihak lain jika sesuatu berlaku kerana apa yg berlaku pd kita adalah disebabkan diri kita sendiri ...

    ReplyDelete
  2. apa yang kita buat kita sendiri yang akan tanggung.. jadi semua pilihan ada kat tangan kita =)

    ReplyDelete