Friday, 3 April 2015

Format Jurnal Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Cadangan format Jurnal Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Tarikh:


Kelas:


Matapelajaran:


Hasil Pembelajaran:



ABM/bahan sumber yang digunakan:


Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):


Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?







Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?


Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?



Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?


Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?

Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.




Thursday, 5 March 2015

Sambungan Kemahiran Mikropengajaran

Sepuluh kemahiran mikropengajaran adalah seperti :
i)   Set Induksi
ii)  Penyoalan
iii) Penerangan
iv) Pengukuhan
v)  Ilustrasi dengan contoh-contoh
vi) Demontrasi
vii)Perbincangan
viii)Kerja Amali
vx)Penutup
x)  Refleksi 


Set induksi telah diterangkan dalam entri sebelum ini. Di dalam entri kali ini saya akan terangkan tentang teknik penyoalan.

ii) Penyoalan.

Teknik ini adalah teknik soal jawab di antara guru dan pelajar. Aktiviti ini adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dan menggalakkan pelajar bertanya soalan. Secara tidak langsung membina kemahiran berfikir dan sudah pasti dapat mengenal pasti dan menangani miskonsepsi pelajar. Kita juga boleh mentaksir kefahaman pelajar, serta menimbulkan sifat ingin tahu pelajar. 


Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan

Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah menyediakan soalan-soalan yang dapat mengasah pemikiran di kalangan pelajar. Berikut ini merupakan ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai digunakan bagi memungkinkan kejayaan teknik ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang
ii. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
iii. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar
iv. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajar
v. Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan
vi. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja.
vii. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid.
viii. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid.
ix. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
x. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikir
xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
xii. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.


Ciri-ciri Soalan yang Sesuai Digunakan 

Soalan-soalan yang diolah perlulah bersifat pelbagai. Sifat semula jadi soalan yang boleh dipelbagaikan bertujuan untuk memastikan tindak balas yang berbeza di kalangan pelajar. Satu cara yang mudah adalah dengan mengkategorikan soalan dengan melihat frekuensi penggunaannya mengikut tahap domain kognitif. Ini bermakna soalan-soalan harus dapat dikategorikan dengan baik. Umpamanya:


i. Pengetahuan
Soalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat mencerna ingatan mudah. Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih oleh guru terutamanya ketika menyampaikan tajuk, topik atau idea baru kepada pelajar.


ii. Pemahaman
Setelah didedahkan dengan sesuatu konsep dan pengetahuan, guru seharusnya menyoal soalan-soalan yang berbentuk pemahaman. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dalam dimensi memahami atau kegiatan memaham.


iii. Aplikasi
Seterusnya ciri-ciri soalan yang berikut ini melibatkan penggunaan informasi yang diberikan kepada pelajar. Soalan-soalan aplikasi bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan pengetahuan menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


iv. Analisis
Ciri-ciri soalan analisis ialah soalan bentuk ini berfungsi untuk memisahkan idea. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar akan dikemukakan dengan soalan-soalan menganalisis dan guru perlulah berhati-hati agar pelajar dapat mengikuti isi pembelajaran dan menggunakan semua kemahiran yang diterapkan kepada mereka.


v. Sintesis
Soalan sintesis merupakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar mencantum dan mewujudkan suatu idea baru menerusi maklumat awal yang didedahkan kepada mereka. Kemahiran ini juga menghendaki kemahiran yang tinggi di mana guru dapat membimbing pelajar sehingga mereka mampu mensintesis maklumat.


vi. Menilai
Pada peringkat yang paling tinggi, soalan berbentuk menilai akan diberikan kepada pelajar. Menilai bermakna pelajar harus dapat membuat dan juga mempertahankan justifikasi mereka.


Kategori-kategori Soalan lain


Terdapat juga cara lain untuk mengkategorikan soalan. Ia boleh dilakukan menurut fungsinya yang utama, umpamanya:


i. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question)
Soalan bentuk ini adalah soalan mudah yang biasa digunakan. Soalan ini dikatakan mengikut urutan kerana ia mengikut urutan pendedahan maklumat yang diberikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


ii. Soalan-soalan mencungkil
Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat mencungkil pengetahuan pelajar secara beransur-ansur. Teknik ini juga menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang kreatif serta jelas dan mudah agar pelajar tidak berasa bosan.


iii. Soalan-soalan terbuka
Soalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang berupaya menilai keupayaan dan pengetahuan pelajar. Di samping itu pelajar juga boleh menyoal guru sebaliknya bagi tujuan mendapatkan kepastian dan penjelasan lebih lanjut. Tindak balas seperti ini adalah sesuatu yang diharapkan agar guru dapat mengenal pasti kedudukan pemahaman pelajar.


iv. soalan-soalan bercapah
Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana pemikiran secara meluas. Soalan-soalan yang subjektif akan membantu pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting bagi mereka.






Wednesday, 4 March 2015

Senarai Tugasan Pembangunan Keusahawanan

ARAHAN/ SENARAI TUGASAN
PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN (PPI3023)
SEMESTER 1 SESI 2014/2015


A.      INDIVIDU (20%)

Menyediakan Rancangan Perniagaan secara individu. Laporan dan Slaid  Powerpoint disediakan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Tarikh serahan :Minggu 10

B.      KUMPULAN (20%)

Menyelesaikan isu usahawan/keusahawanan berkaitan dengan salah satu atau kombinasi beberapa topik seperti berikut:

-Modal
-Persaingan
-Pengurusan Pelanggan
-Pengurusan Kewangan
-Peragaan barangan

-Promosi
-Perniagaan Peruncitan
-Perniagaan Perkhidmatan

Bentuk kumpulan terdiri daripada 6-7 pelajar. Setiap kumpulan perlu menyediakan laporan dan bersedia dengan slide untuk pembentangan. Semua ahli kumpulan perlu terlibat semasa pembentangan (15-20 minit).
Tarikh serahan laporan dan slaid: Pada hari pembentangan

C.      KUMPULAN (20%)

Mempamerkan kreativiti serta inovasi dalam perkara berikut:

-          Produk (nama, reka bentuk produk, pembungkusan dan lain-lain)
-          Promosi (reka bentuk promosi, tawaran sebagai tarikan beli produk dan lain-lain)


Bentuk kumpulan terdiri daripada 6-7 pelajar. Setiap kumpulan perlu menyediakan laporan dan bersedia dengan slaid untuk pembentangan. Semua ahli kumpulan perlu terlibat semasa pembentangan (15-20 minit).
Tarikh serahan laporan dan slide: Minggu 12


A.      INDIVIDU (KEMAHIRAN INSANIAH)

Mempamerkan kemahiran berkomunikasi.

Setiap pelajar diwajibkan membentang satu isu berkaitan keusahawanan dalam Bahasa Inggeris selama lebih kurang 5 minit. Pelajar tidak perlu menyediakan slaid pembentangan dan tidak dibenarkan merujuk nota semasa pembentangan dilakukan.


Monday, 23 February 2015

Contoh Penulisan Refleksi

Contoh Penulisan Refleksi untuk Pengajaran Makro

Perkara Yang Boleh Saya Perbaiki
Saya dapati saya kurang perihatin terhadap merancang P&P dengan efektif. Kesannaya pelajar saya hanya bermain-main semasa saya mengajar. Saya ingin perbaiki penulisan rancangan mengajar.
Saya percaya tugas tugas guru adalah mesti membuatkan diri sendiri dan pelajar selalu berfikir dan fokus terhadap topik atau rumus yang diajar. Fahamkan konsep abstract dan boleh memberi inferens serta generalisasi pada topik yang diajar.
Bisikan hati/emosi/perasaan
Saya terpanggil untuk memberi gambaran kepada pelajar,bahawa saya juga adalah guru yang boleh membuat mereka suka subjek yang saya ajar.
Bolehkah saya sentiasa membaca,menambah ilmu, menyoal dan bersedia untuk mengajar konsep-konsep dan rumus-rumus dengan menarik jika saya sendiri tidak perihatin? Bolehkah saya sentiasa membuat generalisasi terhadap apa yang saya ajar?
Saya selalu buat silap semasa merancang. Merancang P&P memanglah satu perkara yang agak sukar. Bila ada idea, kena buat benda lain pula!. Kadang-kala guru pendamping ada rancangan untuk saya. Saya kenalah ikut pensyarah atau guru pendamping. Adakah guru lain berpendapat sama dengan saya? Idea saya nak merancang dengan baik selalu hilang. Saya percaya semua guru baru bagitu. Kadangkala saya rasa, saya juga seperti pelajar , nampak macam buat tetapi bila merancang, semua macam tidak kenalah! Saya perlu dibantu dan dinasihati oleh rakan, guru panatia, Guru Besar dan guru pendamping.

Kefahaman baru/kesedaran
Saya sedar bahawa memahami semua rumus dan mengajarkannya dengan cara yang menarik dan berkesan adalah satu cabaran kepada saya. Saya sedar sifat buruk  dan sifat baik sering dating berulang dan inilah yang saya panggil cabaran pada diri saya sebagai guru sekolah. Saya banyak buat silap sebab saya anggap lekeh pada nasihat guru lain. Oleh itu, saya kurang meminta pertolongan daripada rakan sejawat. Sekarang saya sedar rakan sejawat adalah sumber yang banyak membantu.

Cadangan
Saya bercadang akan berbincang dengan Sharifah mengenai teknik anologi dalam KBKK dan bagaimana teknik analogi diaplikasikan dalam P&P matematik.ini kerana teknik analogi merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam membantu pelajar lemah matematik untuk mengingati rumus dan konsep dengan cara lebih refleks.

Tindakan
Saya akan merancang P&P Matematik dengan menggunakan teknik ini bersama Sharifah pad minggu hadapan kerana saya ingin memperbaiki strategi pengajaran saya dalam matapelajaran matematik. Saya akan memilih topik Set. Saya akan mengajar dan Sharifah akan berada di belakang kelas 4 Putih untuk menilai pengajaran saya. Selapas itu, saya akan berbincang dengannya untuk mendapatkan maklumbalas atau kami akan membawa perkara ini untuk perhatian pensyarah.

Zhul/KPLI-MT/2002-SMK-PERNU-JOHOR


Friday, 28 November 2014

Asia Pacific Conference on Educational Management and Leadership 2014 (APCEMal)

Theme of the APCEMal 2014: "Shaping Global Educational Leaders and Managers" at Thistle Hotel, Johor Bharu, organised by Faculty Of Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

The APCEMaL 2014 had provided an excellent platform for academicians, researchers and practitioners to engage in the discourse on educational management and leadership. An active network has been established between participating members of this conference.

Patron      :     Prof. Dr. Zakaria bin Kasa (Vice Chancellor of UPSI)
Advisor     :     Prof. Dr. Omar bin Abdul Kareem (Deputy Vice Chancellor of UPSI)
                       Assc.Prof. Dr. Rohaila binti Yusof (Dean, FPE of UPSI) 
Chairman :     Dr. Kamarudin bin Musa

Keynote Speaker 1 : Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim served as the President of Johor Corporation (JCorp) and served as its Chief Executive Officer from January 1982 to July 2010.

Keynote Speaker 2 : Professor Tony Busy is Professor of Educational Leadership at Nottingham, with responsibilities in the UK and Malaysia, and Visiting Professor Of Education at the University of the Witwatersrand, Johannesburg, South Africa.

Keynote Speaker 3 : Professor Dato' Dr. Hassan Said is currently the Vice-Chancellor and President of Taylor's University.

Keynote Speaker 4 : Prof. Dato'Seri IR. Dr. Zaini Ujang is currently the Secretary General II at the Ministry of Education.    

Dr Kamarudin bin Musa, The Conference Chair

Dr Hairon Salleh, Presenter from the National Institute (NIE, Singapore)

Presenting paper entitled : Women Entrepreneur Involved in Small Business among Colleagues 

Organizing Committee

 With Chris Kitching from University of Notre Dame (Sydney), Australia.

With Ling Ying Leh from Universiti Sains Malaysia

Till we meet again. Godspeed.

Senarai Nilai Murni Untuk Sekolah Menengah

1.             Baik Hati
1.1          Belas kasihan
1.2          Bertimbang rasa
1.3          Murah hati
1.4          Saling faham memahami
1.5          Sedia memaafkan

2.             Berdikari
2.1          Bertanggungjawab
2.2          Berupaya bertindak sendiri
2.3          Jayadiri
2.4          Yakin pada diri sendiri

3.             Hemah tinggi
3.1          Kesopanan
3.2          Mengakui kesalahan sendiri
3.3          Ramah mesra

4.             Hormat Menghormati
4.1          Hormat dan taat kepada ibu bapa
4.2          Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
4.3          Hormat kepada raja dan negara
4.4          Hormat kepada hak asasi
4.5          Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
4.6          Hormat kepada keperibadian individu
4.7          Patuh kepada undand-undang
4.8          Patuh kepada ketepatan masa
4.9          Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa
4.10        Menghargai tenaga pekerja
4.11        Menghargai maruah diri

5.             Kasih Sayang
5.1          Sayang kepada nyawa
5.2          Sayang kepada alam sekitar
5.3          Cinta kepada negara
5.4          Cinta kepada keamanan dan keharmonian

6.             Keadilan
6.1          Adil
6.2          Saksama

7.             Kebebasan
7.1          Kebebasan di sisi undang-undang
7.2          Kebebasan dalam sistem demokrasi

8.             Keberanian
8.1          Keberanian dengan tidak membuta tuli
8.2          Berani kerana benar
8.3          Berani mempertahankan pendirian
8.4          Berani bertanggungjawab

9.             Kebersihan Fizikal dan Mental
9.1          Kebersihan fizikal
9.2          Kebersihan persekitaran
9.3          Pertuturan dan kelakuan yang sopan
9.4          Pemikiran yang sihat dan membina

10.          Kejujuran
10.1        Amanah
10.2        Bercakap benar
10.3        Ikhlas

11.          Kerajinan
11.1        Cekal
11.2        Daya usaha
11.3        Dedikasi
11.4        Gigih
11.5        Tekun

12.          Kerjasama
12.1        Persaudaraan
12.2        Tanggungjawab bersama
12.3        Gotong royong
12.4        Toleransi
12.5        Kebaikan bersama
12.6        Perpaduan

13.          Kesederhanaan
13.1        Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain
13.2        Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

14.          Kesyukuran
14.1        Berterima kasih
14.2        Mengenang budi
14.3        Penghargaan

15.          Rasional
15.1        Boleh membuat pertimbangan
15.2        Boleh membuat penaakulan
15.3        Berfikiran logik dan terbuka

16.          Semangat Bermasyarakat
16.1        Bermuafakat
16.2        Kerajinan
16.3        Peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat

17.          Bersemangat Kewarganegaraan
17.1        Berbangga menjadi rakyat Malaysia
17.2        Bersemangat patriotik
17.3        Berusaha dan produktif