Contoh Penulisan Refleksi untuk Pengajaran Makro
Perkara Yang Boleh Saya Perbaiki
Saya dapati saya kurang perihatin terhadap merancang P&P dengan
efektif. Kesannaya pelajar saya hanya bermain-main semasa saya mengajar. Saya
ingin perbaiki penulisan rancangan mengajar.
Saya percaya tugas tugas guru adalah mesti membuatkan diri sendiri
dan pelajar selalu berfikir dan fokus terhadap topik atau rumus yang diajar. Fahamkan konsep abstract dan boleh memberi
inferens serta generalisasi pada topik yang diajar.
Bisikan hati/emosi/perasaan
Saya terpanggil untuk memberi gambaran kepada
pelajar,bahawa saya juga adalah guru yang boleh membuat mereka suka subjek yang
saya ajar.
Bolehkah saya sentiasa membaca,menambah ilmu, menyoal
dan bersedia untuk mengajar konsep-konsep dan rumus-rumus dengan menarik jika
saya sendiri tidak perihatin? Bolehkah
saya sentiasa membuat generalisasi terhadap apa yang saya ajar?
Saya selalu buat silap semasa merancang. Merancang P&P
memanglah satu perkara yang agak sukar. Bila ada idea, kena buat benda
lain pula!. Kadang-kala guru pendamping ada rancangan untuk saya. Saya kenalah ikut pensyarah atau guru
pendamping. Adakah guru lain berpendapat sama
dengan saya? Idea saya nak merancang dengan baik selalu hilang. Saya percaya semua
guru baru bagitu. Kadangkala saya rasa, saya
juga seperti pelajar , nampak macam buat tetapi bila merancang, semua macam
tidak kenalah! Saya perlu dibantu
dan dinasihati oleh rakan, guru panatia, Guru Besar dan guru pendamping.
Kefahaman baru/kesedaran
Saya sedar bahawa memahami semua rumus dan mengajarkannya dengan
cara yang menarik dan berkesan adalah satu cabaran kepada saya. Saya sedar sifat buruk dan sifat baik sering dating berulang dan
inilah yang saya panggil cabaran pada diri saya sebagai guru sekolah. Saya
banyak buat silap sebab saya anggap
lekeh pada nasihat guru lain. Oleh itu, saya
kurang meminta pertolongan daripada rakan sejawat. Sekarang saya sedar rakan sejawat adalah sumber
yang banyak membantu.
Cadangan
Saya bercadang akan berbincang dengan Sharifah mengenai teknik anologi
dalam KBKK dan bagaimana teknik analogi diaplikasikan dalam P&P
matematik.ini kerana teknik analogi
merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam membantu pelajar lemah
matematik untuk mengingati rumus dan konsep dengan cara lebih refleks.
Tindakan
Saya akan merancang P&P Matematik dengan menggunakan teknik ini
bersama Sharifah pad minggu hadapan kerana saya ingin memperbaiki strategi
pengajaran saya dalam matapelajaran matematik. Saya akan memilih topik Set. Saya
akan mengajar dan Sharifah akan berada di belakang kelas 4 Putih untuk
menilai pengajaran saya. Selapas itu, saya
akan berbincang dengannya untuk mendapatkan maklumbalas atau kami akan
membawa perkara ini untuk perhatian pensyarah.
Zhul/KPLI-MT/2002-SMK-PERNU-JOHOR
Nice info :)
ReplyDelete