Wednesday, 26 April 2017

Pembelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                           : Perdagangan
Tarikh/Hari                                : 11 Mei 2016 (Rabu)
Masa                                           : 5.00 petang – 5.30 petang (30 minit)
Tingkatan                                   : 4 Rahmah
Bilangan Pelajar                 ,       : 25 Orang
Tahap Kebolehan Pelajar           : Sederhana
Tajuk                                          : 1.2b Jenis Pengeluaran
                                                      1.2c Cabang Pengeluaran
Hasil Pembelajaran                    : Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
a)      Menyatakan jenis pengeluaran. (Aras 1)
b)      Mengenal pasti cabang-cabang pengeluaran. (Aras 1)
Pengetahuan Sedia Ada             : Pelajar mempunyai pengetahuan maksud pengeluaran dalam  
                                                      pembelajaran sebelum ini.
Bahan Bantu Mengajar               : Video, Power Point, Slaid Prezi, Nota Ringkas, Mounting  
                                                      Board, Pen Marker, Papan putih, Set Soalan, Muzik, Topi
                                                      Berwarna, Sabun dan Kayu.
Nilai                                            : Hormat Menghormati, Kerjasama, Keberanian, Yakin pada  
                                                      diri sendiri dan Tekun.
KBKK                                        : Menjana idea, meneliti bahagian-bahagian kecil dan   
                                                      keseluruhan serta mengklasifikasi atau mengkategori,
                                                      menerangkan sebab dan membuat inferens.
Kaedah                                       : Pembelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
                                                     (KBAT).



AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Kaedah/Teknik/BBM/
Nilai/KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(+/- 5 minit)




Pengenalan kepada jenis dan cabang pengeluaran.

“Jenis pengeluaran ialah pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung”.

“Cabang pengeluaran yang utama terbahagi kepada 3 iaitu perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung”.

Guru memberi salam dan kelas dimulakan dengan bacaan doa.


Guru memperkenalkan tajuk hari ini dan mengedarkan nota ringkas kepada pelajar

Guru menayangkan video mengenai jenis dan cabang pengeluaran dan meminta pelajar menumpukan perhatian dan memahami kandungan video tersebut.


Guru beri penerangan secara ringkas tentang jenis pengeluaran.



Pelajar menjawab salam dan membaca doa.

Pelajar diarahkan untuk membaca nota tersebut dan menumpukan perhatian.


Pelajar memberikan perhatian terhadap video yang ditayangkan oleh guru.






Pelajar mendengar dan mencatat apa yang disampaikan oleh guru.



Kaedah/Teknik:
Induktif,
Penerangan, Perbincangan dan Soal jawab.


BBM :
Tayangan video, Power Point, Slaid Prezi dan Nota Ringkas


Nilai :
Hormat Menghormati, Tekun dan Bekerjasama.

KBKK :
Menjana idea (Lampiran 1)


Langkah 1

Penerangan

(+/- 8 minit)


Menerangkan cabang pengeluaran:

“Perusahaan iaitu usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap”.

“Perdagangan ialah semua aktiviti yang berkaitan pengagihan dan pemindahan bahan mentah, barang separa siap atau barang siap daripada pengeluar kepada pengguna akhir”.

“Khidmat langsung ialah semua perkhidmatan peribadi yang diberikan kepada pengguna akhir secara langsung oleh penjual untuk memuaskan kehendaknya”.



Guru menyoal dan memberi penerangan menggunakan peta i-think dengan pada papan putih.






Guru meminta beberapa orang pelajar ke hadapan bagi melengkapkan carta di mounting board.









Pelajar diarahkan untuk memberikan perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan merujuk nota yang diberikan oleh guru.

Pelajar memberi kerjasama dengan menampal jawapan di atas mounting board.








Kaedah/Teknik :
Induktif, Perbincangan, Penerangan dan soal jawab.

BBM :
Papan putih, Mounting Board dan Nota Ringkas.

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian, Kerjasama.

KBKK :
Mengklasifikasi atau mengkategori (Lampiran 2) dan meneliti bahagian kecil dan keseluruhan (Lampiran 3).

Langkah 2

Aktiviti kumpulan

(+/- 8 minit)


Aktiviti “The 6 Thinking Hat”

(Lampiran 4)

1.Topi putih.
2.Topi merah.
3.Topi hitam.
4.Topi kuning.
5.Topi hijau.
6.Topi biru.
 
Cabang pengeluaran :

Satu kumpulan diberi satu isu mengenai industri perkilangan (sabun).

Satu kumpulan diberi satu isu mengenai industri pembinaan (kayu).

Guru meminta pelajar berpecah kepada 2 kumpulan.

Guru menerangkan The 6 Thinking Hat kepada pelajar.

Guru memberi sabun, kayu, kertas majong dan topi berwarna kepada setiap kumpulan.

Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan menggunakan peta i-think.

Guru memberi keterangan terhadap perbincangan pelajar.

Pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing.


Pelajar mendengar penerangan guru.

Pelajar membincangkan tentang bahan yang diperoleh.



Pelajar membentangkan di hadapan kelas.





Pelajar mendengar dan mencatat.

Kaedah/Teknik :
Deduktif,
Penerangan, Soal jawab, Perbincangan.

BBM :
Kayu, Sabun, Topi Berwarna, Kertas Majong.

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian, Yakin pada diri sendiri, dan Kerjasama.

KBKK :
Menjana idea (Lampiran 5 ) dan Menerangkan sebab (Lampiran 6 ).

Langkah 3

Penilaian

 (+/- 7 minit)


Aktiviti kuiz (Lampiran 7) dan nyanyian
(Buku muzikal perdagangan, pengarang : Yusli Mustaffa)


 Soalan Kuiz adalah dari aras 4, aras 5 dan aras 6.

Guru meminta pelajar menjawab soalan kuiz yang disediakan.

Guru meminta pelajar menghantar jawapan pada minggu hadapan.


Guru meminta pelajar berdiri menyanyikan lagu jenis pengeluaran.




Pelajar menjawab soalan kuiz.


Pelajar mendengar arahan guru.





Pelajar memberi kerjasama dengan menyanyi bersama-sama.

Kaedah/Teknik :
Penerangan, Soal jawab

BBM : Set Soalan, Buku Lagu

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian,

Yakin pada diri sendiri dan Kerjasama.

KBKK :
Menjana idea. (Lampiran 1)

Penutup
(+/- 2 minit)


“ Pengeluaran mempunyai jenis dan cabangnya. Matlamat pengeluaran adalah untuk memuaskan kehendak manusia”.


Penutup sosial:
“Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?”
(Aras 1)

Penutup kognitif:
“Apakah yang telah anda pelajari hari ini?”
(Aras 1)

Guru menanyakan kepada pelajar mengenai apa yang telah mereka pelajari hari ini dan bagaimana perasaan mereka tentang pengalaman pembelajaran hari ini.

Guru meminta pelajar membuat  rumusan secara keseluruhan dalam sehelai kertas.

Guru memberi latihan pengukuhan untuk dijawab di rumah.

Pelajar menjawab pertanyaan guru.













Pelajar catat maklumat yang dikehendaki oleh guru.

Kaedah/Teknik :
Penerangan.

BBM :
Nota ringkas.

Nilai :
Hormat-menghormati.

KBKK :  Membuat inferens (Lampiran 8)


 Refleksi guru :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Komen pensyarah/guru pembimbing :
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Friday, 7 April 2017

Contoh Penulisan Refleksi Makropengajaran

PENULISAN REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 1
(Pengajaran kaedah konstruktivisme)
Tarikh
20 Mei 2016
Kelas
Tingkatan 4 Rahmah
Mata pelajaran
Perdagangan
Hasil pembelajaran
1.      Menerangkan maksud keperluan dan kehendak manusia.  (Aras 2)
2.      Membanding beza keperluan dan kehendak manusia. (Aras 4)
ABM/ bahan sumber yang digunakan
Skrin layar, soalan kuiz, video, sampul berwarna, bahan  maujud, papan  putih, pen marker, mounting board, Power point, dan prezi.
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (bagaimana strategi telah dilaksanakan)
Konstruktivisme - menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Saya sebagai guru berperanan sebagai penyelidik . Dengan cara ini, saya lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Oleh itu, saya telah memberikan pelajar tugasan dalam kumpulan. Saya memberi satu tajuk keperluan bagi satu kumpulan dan satu tajuk kehendak untuk satu lagi kumpulan. Mereka perlu berbincang tentang isi-isi keperluan dan kehendak untuk dibentangkan dalam bentuk pidato. Dari situ mereka perlu berfikir untuk mengukuhkan lagi isi-isi mereka.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
Ya hasil pembelajaran saya dicapai kerana selepas saya melaksanakan aktiviti pembentangan dalam bentuk pidato, saya memberikan pelajar soalan kuiz. Setelah saya membuat semakan dan penilaian, mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.
Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/aktif? Kalau ya-bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?
Ya, murid saya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembentangan yang saya jalankan kerana saya dapat lihat mereka memberi kerjasama yang baik semasa dalam kumpulan. Hasil pembentangan dalam bentuk pidato juga amat memberangsangkan. Tidak sangka juga anak murid saya berbakat dalam pidato.
Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
Tidak. Saya tidak mengubah rancangan semasa saya mengajar. Saya mengikut setiap langkah yang telah dirancang.
Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
Pada pandangan saya, bantuan tambahan, sokongan atau sumber-sumber lain yang dapat mempertingkatkan pelajaran ini adalah bahan maujud yang berkaitan dengan topik keperluan dan kehendak. Bahan maujud sangat membantu pelajar untuk mudah faham dan ingat.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Ya, saya ingin buat aktiviti yang berbeza misalnya lakonan, nyanyian dan sebagainya. Ini kerana dengan pelbagai aktiviti yang saya jalankan, ia dapat menarik perhatian pelajar untuk memahami sesuatu topik itu. Jika aktiviti nyanyian mungkin pelajar akan mudah ingat. Saya boleh meminta mereka cipta satu lagu untuk topik yang saya ajar kemudian hafal lirik. Jika lakonan pula, saya akan memberi mereka satu situasi yang perlu dilakonkan agar mereka lebih ingat tentang isi-isi pelajaran apabila mereka terlibat sama dalam aktiviti.
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.
Saya praktikkan teori Model Pengajaran Interaktif oleh Biddulph & Osborne. Teori ini guru perlu lebih sensitif serta menyediakan aktiviti yang memfokuskan kepada idea dan persoalan pelajar.




Perkara Yang Boleh Saya Perbaiki
Saya dapati saya kurang prihatin terhadap merancang pengajaran dan pembelajaran dengan efektif. Kesannya pelajar saya hanya bermain-main semasa saya mengajar. Saya ingin perbaiki penulisan rancangan mengajar dan melaksanakan aktiviti yang sesuai untuk pelajar saya.
Saya percaya tugas guru adalah mesti membuatkan diri sendiri dan pelajar selalu berfikir dan fokus terhadap topik atau rumus yang diajar. Fahamkan konsep abstrak dan boleh memberi inferens serta generalisasi pada topik yang diajar.
Bisikan hati/emosi/perasaan
Saya terpanggil untuk memberi gambaran kepada pelajar, bahawa saya juga adalah guru yang boleh menyebabkan mereka suka dengan subjek yang saya ajar.
Bolehkah saya sentiasa membaca, menambah ilmu, menyoal dan bersedia untuk mengajar konsep-konsep dan rumus-rumus dengan menarik jika saya sendiri tidak prihatin? Bolehkah saya sentiasa membuat generalisasi terhadap apa yang saya ajar?
Saya sering melakukan kesilapan semasa merancang. Merancang pengajaran dan pembelajaran adalah bukan satu perkara yang agak sukar. Bila ada idea, kena buat benda lain pula!. Kadang-kala guru pembimbing ada rancangan untuk saya. Saya hendaklah ikut pensyarah atau guru pembimbing. Adakah guru lain berpendapat sama dengan saya? Idea saya ingin merancang dengan baik selalu hilang. Saya percaya semua guru baru begitu. Kadangkala saya rasa, saya juga seperti pelajar , nampak macam buat tetapi bila merancang, semua macam tidak kena! Saya perlu dibantu dan dinasihati oleh rakan, guru panatia, Guru Besar dan guru pembimbing.
Kefahaman baru/kesedaran
Saya sedar bahawa memahami semua topik dan mengajarnya dengan cara yang menarik dan berkesan adalah satu cabaran kepada saya. Saya sedar sifat buruk  dan sifat baik sering datang berulang dan inilah yang saya panggil cabaran pada diri saya sebagai guru sekolah. Saya sukar untuk mengawal keadaan kelas. Saya juga kurang meminta pertolongan daripada rakan sejawat. Sekarang saya sedar rakan sejawat adalah sumber yang banyak membantu untuk meningkatkan cara pengajaran saya kepada yang lebih berkesan agar pelajar saya mudah memahami topik yang saya ajar dan mengambil perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan
Saya bercadang akan berbincang dengan salah seorang rakan sejawat saya iaitu Fatimah mengenai pembelajaran menggunakan kaedah konstruktivisme dan bagaimana mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar semasa melaksanakan aktiviti dalam kelas. Ini kerana aktiviti dalam kelas merupakan salah satu cara untuk membantu pelajar menjana idea dan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
Tindakan
Saya akan merancang pengajaran dan pembelajaran subjek perdagangan dengan melaksanakan aktiviti dalam kumpulan bersama Fatimah pada minggu hadapan kerana saya ingin memperbaiki strategi pengajaran saya dalam mata pelajaran perdagangan. Saya akan memilih topik keperluan dan kehendak manusia. Saya akan mengajar dan Fatimah akan berada di belakang kelas tingkatan 4 Rahmah untuk menilai pengajaran saya. Selepas itu, saya akan berbincang dengannya untuk mendapatkan maklum balas atau kami akan membawa perkara ini untuk perhatian pensyarah.