Tuesday, 22 November 2016

Contoh Soalan Objektif KPD Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran

1.  Kurikulum tersirat selalu dihubungkan dengan

A. Kegiatan luar bilik darjah diadakan di bawah bimbingan guru
B. Hasil sampingan kurikulum formal dan bukan formal
C. Pandangan ahli masyarakat dalam membentuk kurikulum
D. Mata pelajaran yang menekan perkembangan kognitif dan psikomotor

2.  Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kecerdasan intrapersonal ?

I. membuat persepsi tentang alam semula jadi secara tepat
II cekap memanipulasi objek fizikal
IIImengenal diri sendiri secara mendalam
IVmempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

3.  Antara berikut yang boleh menggalakkan pemikiran kreatif adalah seperti berikut KECUALI

A. menimbangkan bukti sebelum mempercayai sesuatu
B. menghasilkan bahasa figuratif untuk menggambarkan sesuatu
C. melukis rajah manusia dan kemudian membesarkan bahagian muka seperti hidung, mata, mulut dan sebagainya
D. memakai pakaian seragam tanpa terlalu mengambil kira pandangan orang lain

4. Antara prinsip pembelajaran Konstrutivisme adalah lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh dipelajari. Ini bermaksud :

A. murid harus mempunyai mindanya yang aktif dan tidak semestinya fizikalnya yang aktif
B. murid yang telah mengalami sesuatu lebih mudah diajar
C. pembelajaran perlu lebih masa dengan dorongan dan kesabaran guru.
D. penekanan kepada gaya belajar kinestatik dan bukan kepada auditori atau visual

5. Pembelajaran masteri merujuk kepada

A. Penggunaan ujian taksiran sumatif untuk mengesan prestasi pelajar
B. pemilihan aras yang pelbagai untuk memenuhi kehendak para pelajar
C. penetapan aras yang perlu dikuasai sebelum pengajaran bermula
D. pengurangan peranan guru semasa pengajaran

6. Seorang graduan universiti bergraduat dengan kelas pertama tetapi setelah tiga tahun masih lagi tidak memperolehi pekerjaan yang setimpal dengan ijazahnya. Apakah kecerdasan yang mungkin kurang dalam dirinya ?

A. Praktikal
B. Analisis
C. Kreatif
D. Kontemplatif    

Wednesday, 9 November 2016

Analisis dan Penilaian Rancangan Pengajaran Harian.

Analisis RPH ( Tugasan 1 )

The China Culture Corner


Pelajar dikehendaki menganalisis dan menilai dua Rancangan Pengajaran Harian yang telah diberikan oleh Pensyarah. Sila muatkan komen atau ulasan anda dalam tapak forum di MyGuru2.

Berdasarkan RPH tersebut, anda dikehendaki menjawab enam soalan topik persoalan untuk dibincangkan dalam tapak forum.

i.  Berdasarkan kedua-dua RPH, huraikan kaedah pengajaran yang digunakan.

ii. Berdasarkan kedua-dua RPH jelaskan kesesuaian objektif pembelajaran dan aktiviti yang dirancang.

iii. Banding dan bincangkan kekuatan dan kelemahan teknologi instruksional yang digunakan dalam kedua-dua RPH.

iv. Cadangkan penambahbaikan dari aspek pentaksiran yang digunakan dalam kedua-dua RPH tersebut.

v.  Adakah aspek nilai dijelaskan dan boleh dicapai melalui aktiviti yang dirancang.

vi. Ulas tentang format Rancangan Pengajaran Harian yang telah dikemukakan secara kritis.  

Tuesday, 8 November 2016

Mengurus & Mengadaptasikan Perubahan

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..


Piyamit Tunnel, Betong Thailand



Jack Ma berkata,

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.
Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.
Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.
Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.
Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.
Bila smartphone guna 4G 
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kepada dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp 
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada orang bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."
Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna *MASA* yang Ada.
Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.
Kalau kamu luangkan masa untuk *belajar*, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*.
Kalau kamu luangkan masa untu

k *membaca buku* untuk majukan diri, kamu akan beroleh *Peningkatan Diri*.
Kalau kamu habiskan masa untuk *minum*, kamu mungkin menjadi seorang *pemabuk*.
Kalau kamu habiskan masa *mengomplen*, kamu akan menjadi seorang yang *suka menyalahkan*.
Kalau kamu luangkan masa untuk *mencantikkan diri* kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang *cantik*/lelaki yang *handsome*.
Kalau kamu luangkan masa untuk *kekal sihat*, kamu akan nikmati *kehidupan sihat yang baik*.
Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang *suka marah-marah*, kamu mungkin menjadi orang yang *tidak disukai orang*.
Kalau kamu habiskan *masa dengan keluarga*, kamu akan mewujudkan *kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi*.
*Beza* antara *Orang yang Berjaya* dan *Tidak* ialah *Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA*.

Wilson Jack Ma,
Pengasas Alibaba

Friday, 21 October 2016

Kemahiran Penutup

Kemahiran Mikropengajaran : kemahiran Penutup


Kemahiran ini adalah salah satu daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran. Kemahiran menutup pengajaran terbahagi kepada dua aspek :

(a) Aspek kognitif
(b) Aspek Sosial

(A) Aspek Kognitif

Beberapa aspek diberikan penekanan di bahagian ini yang seperti berikut :

i) Merumuskan isi-isi penting yang telah dipelajari.

ii) Menilai kefahaman pelajar. 

     Beberapa soalan yang boleh diajukan kepada pelajar contoh seperti;

     a) Apakah idea atau konsep utama yang telah dibincangkan hari ini ?

     b) Apakah yang telah anda pelajari hari ini?

Justeru itu, pelajar yang seharusnya membuat rumusan dan refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan. Bukannya guru.

iii) Memberi aktiviti pengukuhan/pemulihan

iv) Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang

v) Memberi kerja rumah atau pembacaan yang sesuai


(B) Aspek Sosial

Nilai afektif : perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba menjadikan pelajar berasa apa yang dipelajari itu penting dan istimewa.

Soalaan yang anda boleh  bertanya kepada para pelajar adalah seperti berikut :

i) Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh diaplikasikan ?

ii) Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini ?

iii)Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?

iv) Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?

v) Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah ?

vi)Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini ?  



SENARAI SEMAK KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN
.
Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup
Ada
(sesuai)
Ada
(Tidak sesuai)
Tidak
ada
 Aspek kognitif

1. Meringkaskan hasil pembelajaran
2. Mengulangi isi-isi penting
3. Menilai kefahaman pelajar
4. Mencadangkan aktiviti susulan seperti kerja rumah atau pembacaan yang sesuai atau bab akan datang
5. Menjalankan aktiviti pengukuhan/pemulihan
 Aspek sosial

1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar
2.Memberi peneguhan positif
3. Mewujudkan perasaan ingin tahu
4. Memotivasikan perasaan ingin belajar
5. Mengaitkan dengan kehidupan di luar bilik darjah
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Tuesday, 4 October 2016

Pentaksiran Bilik Darjah

Pentaksiran Sekolah

Berdasarkan salah satu RPH yang disediakan dalam tugasan 2,


·         Sediakan/ tuliskan  satu  proses melaksanakan tugasan pentaksiran dalam bilik darjah yang telah dirancang dalam RPH bersama rubrik yang sesuai.


     Untuk mendapat markah yang penuh berikut adalah skala permarkahan dalam tugasan pentaksiran dalam bilik darjah :


1.    Pemilihan kaedah pentaksiran yang sepadan/sejajar dengan hasil pembelajaran,
2.    Menyediakan pelbagai pentaksiran dalam PdP yang dirancang
3.    Ada perancangan pentaksiran tugasan autentik dengan berbagai aras kesukaran
4.    Menyediakan langkah-langkah yang sangat jelas untuk melaksanakan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.  
5.    Menyediakan rekod prestasi pelajar  yang sangat kemaskini
6.    kerjasama cemerlang  antara ahli kumpulan 

Berikut adalah dua contoh rubrik seperti mana dikehendaki.


Rubrik Jadual spesifikasi kandungan

Bil.

Kriteria pentaksiran Jadual Spesifikasi Kandungan



Skor




1
2
3
4
1.
Meliputi  keseluruhan topik dalam kandungan





2.
Susunan isi pelajaran setiap topik menggunakan prinsip mudah/senang kepada kompleks/susah atau berdasarkan konkrit kepada abstrak





3.
Penentuan proses PdP menjurus kepada 3 domain – kognitif, afektif dan psikomotor





4.
Penggunaan bahasa tinggi dan jelas








Rubrik Jadual spesifikasi Ujian

Bil.

Kriteria pentaksiran -


Skor




1
2
3
4
1.
Disediakan berdasarkan Taksanomi Bloom





2.
Pembinaan item menepati ciri item yang berkualiti





3.
Pembahagian pemberat, peratusan dan aras yang seimbang





4.
Penggunaan bahasa tinggi dan jelas





5.
Menepati kriteria format JSU







Friday, 23 September 2016

Tugasan PPP3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan

PPP 3143 Kreativiti dan Inovasi  dalam Pendidikan

Tugasan Berkumpulan 1 :  Persediaan dan Pembentangan Powerpoint Kuliah (10%)

a) Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang  sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2. Setiap kumpulan kuliah kursus ini perlu ada 10 kumpulan untuk membentangkan bab yang terdapat di dalam buku teks yang digunakan.
b) Sediakan powerpoint untuk proses pengajaran dan pembelajaran mengikut bab yang ditetapkan oleh pensyarah seperti ayng terdapat di dalam Rancangan Instruksional.
c)  Pensyarah akan memaklumkan kumpulan yang terlibat untuk menyediakan powerpoint bab untuk minggu seterusnya seminggu sebelum pembentangan bab tersebut diadakan. Pensyarah akan memberi tempoh masa selama seminggu untuk setiap kumpulan menyediakan tugasan tersebut.
d)  Pelajar perlu memberi contoh yang berbeza daripada buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Contoh yang digunakan mesti berkaitan dengan bidang/subjek/sekolah/isu semasa dan pendidikan sahaja bergantung kepada bab yang diperoleh.  Pelajar juga digalakkan untuk mencadangkan aktiviti yang asli (original) dengan bab yang dibincangkan. Markah bonus akan dipertimbangkan oleh pensyarah kumpulan masing-masing.
e)  Tugasan tersebut perlu dimuatkan dengan peta minda dan tiga (3) soalan penilaian kendiri yang terdapat di akhir setiap bab buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Jawapan lengkap perlu diberi untuk soalan yang dipilih.  Pemilihan tiga soalan penilaian kendiri tersebut akan ditentukan oleh pensyarah atau mengikut budi bicara pensyarah kumpulan masing-masing.
f)  Pelajar perlu menyediakan powerpoint semasa membentangkan tugasan tersebut. Tugasan tersebut perlu dihantar secara softcopy (cd) dan hard copy kepada pensyarah selewat-lewatnya pada hari pembentangan tugasan berkenaan,
g)  Setiap ahli kumpulan perlu membentangkan tugasan ini dan gambar setiap ahli kumpulan perlu disertakan di dalam tugasan ini.
h)  Rujukan juga perlu dibuat (sekurang-kurangnya 7 artikel jurnal/buku/website yang berilmiah dan boleh dipercayai- tahun 2010 ke atas).
i)  Sekiranya pelajar didapati melakukan plagiat, tiada markah diperuntukkan untuk tugasan ini serta dikenakan tindakan tatatertib di atas kecurangan akademik yang dilakukan.
j) Masa yang diperuntukkan untuk membentang tugasan ini sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit dan kemudiannya akan diambil alih oleh pensyarah untuk sesi perbincangan lanjut serta soal jawab berkaitan bab yang dibincangkan.

Tugasan Berkumpulan 2 - Aktiviti Kritis dan Kreatif (20%) dan Pameran (20%)

a)  Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2.
b)  Sediakan satu produk (Alat Bantu Mengajar eg. helaian kerja interaktif, multimedia, permainan, uji minda, 3D) dalam bentuk CD atau buku yang mengandungi sekurang-kurangnya enam (6) aktivitis kritis dan kreatif untuk melaksanakan satu atau lebih unit untuk satu mata pelajaran.
c) Tentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut subjek yang khusus contohnya Sains/ Matematik/ Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu; tingkatan dan juga tahap kognitif pelajar iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
d) Setiap aktiviti utama boleh disertai dengan beberapa aktiviti kecil.
e) Setiap aktiviti mesti mempunyai objektif pembelajaran, cara menjalankan aktiviti, dan cadangan penyelesaian.
f) Semua tugasan tersebut akan dipamerkan. Anda perlu sediakan satu poster untuk produk hasilan kumpulan anda.