Monday, 16 May 2016

Majlis Makan Malam Pra-Graduasi 2016

Anjuran Kelab Keusahawnan UPSI (BECC)



Moh kita hadir ramai-ramai  

Tuesday, 5 April 2016

Menulis Reviu Buku oleh Prof Abdullah Hassan

MENULIS REVIU BUKU
Sebelum tugasan menulis, biar saya rumuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menyediakan sebuah reviu buku.
Tujuh poin penting:
1. Mengenai buku: judul, penerbit, pengarang, tahun terbitan, tempat, ISBN ... liputannya, buku lain tentang judul yang sama,
2. Mengenai pengarang: kepakarannya, karya lain yang ditulisnya, ...
3. Laporkan kandungan buku: secara ringkas kandungan bukunya, genrenya ... Gunakan senarai kandungan sebagai panduan ... belum perlu diberi ulasan. (Antara 300 hingga 1,000 perkataan, bergantung pada sedalam mana perbicaraan yang dilakukannya.
4. Mengulas kandungan buku. Sekiranya kita belum ada pengalaman, saya mencadangkan tuan-tuan dan puan-puan semua menggunakan formula De Bono ini. Gunakan Six Thinking Hats:
a. Topi putih bagi melihat maklumat yang dibentangkan dalam buku.
b. Topi merah bagi melihat isu buku itu menurut perasaan kita.
c. Topi hitam bagi melihat perkara yang negatif dalam buku itu.
d. Topi kuning bagi membicaranya perkara positif yang ada dalam buku.
e. Topi hijau bagi menilai perkara yang kreatif dalam buku tersebut.
f. Topi biru bagi meninjau keseluruhan buku itu secara rasional ...

5. Mulalah menulis: Fikirkan siapa akan membaca reviu kita, ... orang awam, pelajar universiti, orang agama, peminta seni dan muzik, remaja ... seseuaikan dengan apa yang pembaca kita mahu. Tulislah antara 1,000 hingga 3,000 perkataan tergantung pada audiens pembaca.
6. Tulislah dalam ayat dan bahasa yang mudah difahami. Ayat antara 8 - 20 perkataan mudah ditulis dan difahami. Bahasa yang mudah difahami itu tidak menggunakan istilah dan kosa kata yang tidak diketahui.
Ingat tiga perkara:
a. Gunakan kata hubung dan kata sendi dengan betul. Pada kata hubung dan kata sendi itu terjalin logik bahasa Melayu.
b. Gunakan istilah yang difahami oleh pembaca. Umpamanya dalam ceramah dan tulisan agama, ada banyak istilah bahasa Arab yang tidak difahami oleh pembaca dan pendengarnya. 
c. Ingat nilai ulasan tidak terletak pada perkataan besar dan ayat panjang yang pembaca tidak faham. Nilainya terletak pada perkara yang difahami.

7. Apakah kita mahu memperakukan pembaca lain membeli dan membaca buku ini?

Tuesday, 29 March 2016

RPH Pembelajaran Koperatif

Sila klik gambar di bawah untuk besarkan paparan.








Tuesday, 8 March 2016

Boiling Frog Syndrome

Katak oh! Katak.


www.mariafirdz.com



Letakkan katak hidup di dalam air mendidih. Adakah katak akan melarikan diri ? Jawapan adalah tidak. Katak akan menyesuaikan diri dengan suhu air. Sedikit demi sedikit katak akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan katak akan mati.

Apa yang akan membunuh katak itu sendiri ? Air mendidih atau katak itu sendiri.

Apakah jawapan anda ?

Ramai antara kita akan mengatakan bahawa air mendidih yang akan membunuh katak itu. Sebenarnya yang membunuh katak itu bukan air mendidih. Tetapi sikap dan mentaliti diri sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini panggil dalam psikologi "Boiling Frog Syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah. 

Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dengan sikap yang lama di kala keadaan menuntut anda berubah.  

Monday, 29 February 2016

Pengajaran Mengurus Perubahan : Nokia CEO

Nokia CEO mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas" 

Oleh: Ziyad Jawabra.





Semasa sidang akhbar yang mengumumkan bahawa Nokia telah dibeli oleh Microsft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas". Ucapan beliau itu diiringi dengan titsan air mata termasuk dari pihak pengurusan Nokia sendiri.

Nokis merupakan sebuah kompani yang diiktiraf dan dihormati. Mereka tidak melakukan apa2 kesalahan di dalam perniagaan mereka, walau bagaimana pun, dunia berubah terlalu cepat. Pesaing mereka terlalu kuat.

Mereka ketinggalan di dalam mempelajarinya. Mereka tertinggal mempelajari perubahan dalam industri telekominikasi, dan mereka terlepas peluang yang berada di hadapan mereka untuk membesarkan perniagaan. Bukan sahaja mereka terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar tetapi mereka juga terlepas peluang untuk meneruskan hidup.

Pengajaran dari cerita ini, JIKA ANDA TIDAK BERUBAH, ANDA AKAN DITINGGALKAN DALAM PERLUMBAAN INI.
Bukan menjadi satu kesalahan jika anda tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru, walau bagaimana pun, jika anda tidak mampu mengikuti arus perkembangan semasa, anda akan disingkirkan dari perlumbaan.
Kesimpulannya:
1. Kelebihan yang anda ada pada hari ini, akan digantikan dengan trend yang ada pada esok hari. Anda tidak perlu melakukan apa2 kesilapan pun, tetapi jika pesaing anda berjaya mengikuti gelombang pembangunan terbaru, anda akan tewas dan anda akan gagal.

BERUBAH dan memperbaiki diri adalah seperti memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Tetapi jika kita dipaksa berubah oleh orang lain, itu maknanya kita menghinakan diri sendiri.
Sesiapa yang menolak untuk belajar dan maju, sudah pasti suatu hari mereka menjadi beban dan tidak diperlukan dalam bidangnya. Mereka akan terpaksa belajar melalui cara yang amat sukar dan sangat mahal harganya.

Tuesday, 1 December 2015

Kenangan indah Kelas MBA Oct - Dis 2016

Maktab Kerjasama Malaysia, Jalan Selangor, Petaling Jaya.

Kelas MBA 2016 berlangsung di Wisma IEM, Jalan Selangor, Petaling Jaya. Teman mengajar Adult Education. Para pelajar komited, dan ada kesungguhan menuntut ilmu. Kelas telah berakhir. Semoga segala kenangan indah tercatat rapi dalam lipatan sejarah. Selamat maju jaya.  



Kelas tinggal 4 minggu lagi. Begitulah gambaran pelajar saya tentang semester yang bakal berakhir tidak lama lagi. 

Friday, 6 November 2015

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Mengapa penting membina ujian yang baik?

Ujian yang dibina dengan baik memastikan inferens atau kesimpulan yang dibuat tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar adalah tepat, adil dan sah.  Selain daripada itu, ujian tersebut adalah stabil dari segi mutu, tahap dan kesukarannya dari setahun ke setahun.
Contoh JSU bagi peperiksaan akhir semester Kursus Kurikulum dan Pengajaran Keusahawanan (5 Soalan Struktur dan 5 esei)

Bil
Topik
Pengetahuan
kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Peratus Wajaran (%)
1
Kurikulum

1
1



15
2
Teori Mastery


1


1
15
3
KBKK




1
1
20
4
RPH


1
1


30
5
Media & Teknologi




1

15
6
Penaksiran


1



10

Peratus
Wajaran (%)

10
30
20
20
20
100