Thursday, 5 December 2019

Pemikiran sikit-sikit menjadi bukit

Dari Meja Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI teman ingin mengajak saudara/saudari memikirkan peribahasa sikit demi sikit lama kelamaan menjadi bukit.

Dalam mengurus kehidupan seharian, kita seharusnya memulakan sesuatu secara berdikit-dikit. Pecahkan kerja kepada sub tugasan yang kecil. Lama kelamaan yang kecil itu akan menjadi bukit. Contohnya menyiapkan sebuah buku yang setebal 365 muka surat setiap tahun. Anda perlu menyiapkan satu muka surat dalam sehari. Bila subtugasan itu dipecahkan, sudah tentu boleh dapat disiapkan menjelang akhir tahun.

Sudah tentu pemikiran sedikit demi sedikit lama kelamaan menjadi bukit harus dimulakan dengan langkah pertama. Sudah tentu anda perlu mendengar perjalanan seribu batu harus bermula dengan langkah yang pertama. Apa sekalipun, kita perlu terus mula walaupun pada peringkat permulaan hanya kecil dan tidak seberapa. Terus konsisten, bermotivasi dan teruskan perjalanan. Lama-kelamaan kita akan sampai ke destinasinya. Anda seharusnya komited, dan terus sampai ke penghujung jalan. Jangan cepat berputus asa dan percaya serta yakin kepada diri sendiri. Lakukan sahaja apa yang telah dirancangkan, insyallah anda akan tinggal di rumah yang besar dan selesa daripada rumah yang dahulunya kecil dan sempit.   

Silhouette of Mountain (Hedi Benyarnes)

Tuesday, 12 December 2017

Pemikiran Strategi : Strategi Lautan Biru

Strategi Lautan Biru:

Oleh Muhammad Muhayudeen Musa

4 kerangka Utama:
1. Eliminate (hapuskan)
====================
Hapuskan perkara tidak penting termasuklah menghapuskan kaedah atau prosedur lapuk, tidak praktikal dan tidak ekonomi

2. Reduce (kurangkan)
===================
Kurangkan perkara yang berlebihan termasuk mengurangkan birokrasi

3. Raise (tingkatkan)
=================
Perkara-perkara penting perlu ditonjolkan dan ditingkatkan standardnya

4. Create (ciptakan)
================
Cipta perkara baru dan belum pernah terfikirkan atau ditawarkan pihak lain.

Antara elemen-elemen penting Strategi Lautan Biru :

1. Go where the profits and growth are - and where the competition isnt
2. Mewujudkan invoasi nilai
3. Mencipta pembaharuan menggunakan elemen baru dan berkos rendah
4. Create uncontested market space and make competetion irrelevant
5. Keluar dari zon selesa dan do beyond the expectations.

Go where the profits and growth are - 
And wheGo where the profits and growth are - 
And where the competition

Monday, 11 December 2017

Pemikiran Strategik : 6 Topi Pemikiran

Pemikiran Strategik:

Oleh Muhammad Muhayudeen Musa

6 Topi Pemikiran:
Topi Hijau
=======
+Melambangkan pemikiran yang kreatif 
+Melambangkan fikiran yang subur dengan idea
+Digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada
+ topi ini digunakan ketika menyelesaikan masalah

Topi Biru
======
+ Melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai
+ Melambangkan langit, yang bermakna paling atas
+ Mengawasi topi-topi lain bekerja

Topi Kuning
========
+ Melambangkan pemikiran yang konstruktif 
+ Melambangkan kecerahan yang bermakna positif
+ Digunakan bagi mencari segala faedah daripada idea alternatif oleh topi hijau 
+ Topi ini digunakan bagi menyelesaikan idea-idea yang banyak kelemahan

Topi Putih
=======
+ Melambangkan pemikiran objektif 
+ Melambangkan kebersihan yang bermakna tiada prejudis 
+ Digunakan bagi mencari fakta, angkat dan maklumat
+ Dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif

Topi Hitam
=======
+ Melambangkan pemikiran yang kritikal Dan negatif
+ Digunakan untuk mencari segala yang salah, sukar, berisiko Dan berbahaya
+ Berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan Dan keselamatan 
+ Dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala keburukan Dan kerugian

Topi Merah
========
+ Melambangkan pemikiran yang emosional 
+ Membenarkan pemikiran emosi Dan intuisi sewaktu berfikir 
.
.
Kita selalu guna topi yang mana? 
.

Kredit: Institut Tadbiran Awam Negara

Untuk renungan anda :

Pemikiran Strategik:
Ini jawapan yang biasa dengar:
1+1 = 2
Ini jawapan yang lain:
1+1 = 1 (apabila 2 titik air disatukan)
1+1 = 0 (apabila 2 titik air dipanaskan)
1+1 = 3 (apabila apabila seorang Lelaki mengahwini seorang wanita Dan dikurniakan cahaya mata. Dan bilangannya mungkin bertambah
1+1 = 10 (apabila seorang individu berbuat kebajikan kepada individu yang lain, maka diberikan 10 ganjaran)

Friday, 12 May 2017

Kelas KPD 3026 AT 45 Group A 2016/2017

Kenangan indah bersama kalian, Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Perdagangan 2017

Bergurulah dengan alam, bagaimana? Jadi seperti tanah, sentiasa sabar meneruskan hidup meskipun hari-hari dipijak oleh manusia.
.
.
Jangan jadi seperti api, kecil-kecil kawan, besar-besar jadi lawan. 
with Izzah ZahariNur Ismaniza IdrisYus HA LizaNadhh Rahmann,Wiwin AzizSiti Anisah AbdullahMaisarah Arbaai,Nabilah HarunIntan Syahira Roslan and Nur Syafiqah at Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton City, Tanjong Malim.

Dari album Nurul Farhana

Berikut adalah nama pelajar yang mengambil Kursus KPD 3016 & 3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 dan 11. 

Album Intan Syahira Roslan

Album Intan Syahira Roslan

Gabungan warna yang saya suka, biru dan oren warna kegemaran saya. Bahan Bantu Mengajar oleh Fatin Syafawanie

Album Intan Syahira Roslan

Tuesday, 2 May 2017

Pengajaran berasakan Projek

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                        : Perdagangan
Tarikh/ Hari                             : 25 Mei 2015 (Rabu)
Masa                                        : 3.00 petang – 3.30 petang (30 minit)
Tingkatan                                : 5 Ibnu Amir
Bilangan Pelajar                      : 25 Orang
Tahap Kebolehan Pelajar        : Sederhana
Tajuk                                       : Bab 14 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
                                                  14.1 Promosi dan Pemasaran
Hasil Pembelajaran                  : Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
a)      Menyatakan agensi kerajaan yang terlibat dalam promosi dan pemasaran. (Aras 1)
b)      Menjelaskan peranan utama agensi BERNAS, FAMA, PKKM, MATRADE. (Aras 2)
c)      Menerangkan kepentingan agensi yang terlibat dalam promosi dan pemasaran. (Aras 2)
Pengetahuan Sedia Ada          :  Pelajar-pelajar telah mengetahui tentang Peranan Kerajaan
   Dalam Perniagaan melalui pembacaan awal.                                  
Bahan Bantu Mengajar           : Papan putih, marker pen, tayangan video, nota ringkas, slaid
   prezi, mounting board, bahan maujud, pembaris, slaid power
   point, batang penanda, muzik, roda impian, soalan, klu, sampul
   berwarna, puzzle logo agensi kerajaan dalam perniagaan
   (promosi dan pemasaran), kertas mahjung dan buku muzikal
   perdagangan.
Nilai-nilai                                : Hormat menghormati, tekun, kerjasama, keberanian, peka, dan
                                                   yakin pada diri sendiri.
KBKK                                      : Menjana idea, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,
                                                   menentukan sumber yang boleh dipercayai dan membuat
                                                   inferens.
Kaedah                                    :  Pengajaran berasakan Projek

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/ Masa

Isi kandungan

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Kaedah/ Teknik/ BBM/ Nilai/ KBKK

Set Induksi

(+/- 5 minit)

Pengenalan kepada peranan kerajaan dalam perniagaan bagi promosi dan pemasaran.

 “Agensi kerajaan sangat penting untuk membantu pengusaha kecil dalam perniagaan sama ada untuk meluaskan pasaran atau mempromosikan produk mereka di pasaran tempatan mahupun antarabangsa”.

Guru memberi salam dan kelas dimulakan dengan bacaan doa

Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran hari ini dan mengedarkan nota ringkas kepada pelajar.

Guru menayangkan video mengenai promosi dan pemasaran dan meminta pelajar menumpukan perhatian serta memahami kandungan video tersebut.

Guru  bertanya kepada pelajar apa yang mereka lihat dalam video tersebut.

Guru memberi penerangan ringkas tentang peranan kerajaan dalam perniagaan (promosi dan pemasaran).

Pelajar menjawab salam dan membaca doa.

Pelajar menerima nota tersebut dan diarahkan untuk menumpukan perhatian.

Pelajar memberi perhatian terhadap video yang ditayangkan oleh guru.

Pelajar menjawab   pertanyaan guru.

Pelajar mendengar apa yang diterangkan oleh guru.

Kaedah/TeknikInduktif, penerangan, perbincangan  dan soal jawab.

BBM :Papan putih, marker pen, tayangan video dan nota ringkas.

Nilai :Hormat menghormati, tekun dan kerjasama.

KBKK :Menjana idea.
(Lampiran 1)

Langkah 1
Penerangan

(+/- 10 minit)

Penerangan mengenai peranan kerajaan dalam perniagaan bagi promosi dan pemasaran.

Agensi yang terlibat untuk melaksanakan promosi dan pemasaran tersebut:
i)        Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
ii)      Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
iii)    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
iv)    Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa (MATRADE)

Peranan bagi setiap agensi :
(Lampiran 6)

Guru memberi penerangan dan menyoal kepada pelajar dengan slaid prezi, mounting board untuk menyenaraikan agensi, menerangkan fungsi utama dan kepentingan agensi kerajaan yang terlibat dalam promosi dan pemasaran.

Guru meminta pelajar untuk menyatakan agensi yang terlibat dalam promosi dan pemasaran bagi setiap contoh bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.

Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan.

Pelajar diarahkan untuk memberi perhatian terhadap penerangan guru dan cuba memahami apa yang disampaikan dengan merujuk nota yang diberikan oleh guru.

Pelajar memberi maklum balas terhadap pertanyaan guru.

Pelajar bertanyakan soalan mengenai perkara yang mereka tidak fahami.

Kaedah/Teknik :
Deduktif, penerangan, perbincangan dan soal jawab.

BBM :Slaid prezi, mounting board, nota ringkas, bahan maujud dan pembaris.

Nilai :
Hormat menghormati, keberanian, kerjasama, peka dan tekun.

KBKK :Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
(Lampiran 2)

Langkah 2
Aktiviti kumpulan

(+/- 10 minit)

Penerangan aktiviti
i) Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.
ii) Setiap kumpulan perlu melakukan tugasan projek iaitu mereka barangan atau produk yang dapat dipromosikan menggunakan barangan kitaran semula.
iii) Selesai mereka barangan atau produk, pelajar perlu mempromosikan barangan atau produk yang direka semasa pembentangan.
iv) Kumpulan yang dapat mempromosikan barangan atau produk yang direka dengan baik dan mendapat undian terbanyak akan mendapat hadiah.

Guru meminta pelajar membentuk kumpulan.

Guru meminta para pelajar untuk duduk dalam bulatan. 

Guru memberi bahan kitaran semula kepada setiap kumpulan dan meminta pelajar untuk mereka sebarang barangan atau produk yang dinginkan.

Guru meminta wakil kumpulan daripada setiap kumpulan untuk mempromosikan barangan atau produk yang direka.

Guru akan membuat undian daripada setiap kumpulan produk atau barangan kumpulan yang mana yang menarik perhatian mereka dari segi cara promosi.

Barangan atau produk kumpulan yang mendapat undian terbanyak akan mendapat hadiah.

Pelajar mendengar arahan guru dan duduk dalam kumpulan.

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Pelajar menerima bahan kitaran semula dan mula mereka cipta barangan atau produk yang diinginkan.

Wakil kumpulan daripada setiap kumpulan akan mempromosikan barangan atau produk yang direka dengan kreatif.

Pelajar membuat undian terhadap barangan atau produk yang menarik perhatian mereka.

Pelajar menerima hadiah yang diberikan oleh guru.

Kaedah/Teknik: Penerangan, soal jawab dan perbincangan.

BBM: Batang penanda, muzik, puzzle logo agensi kerajaan dalam perniagaan (promosi dan pemasaran), Bahan buangan/kitaran semula,marker pen dan pembaris.

Nilai: Kerjasama, hormat-menghormati, yakin pada diri sendiri dan keberanian.

KBKK: Menjana idea.
(Lampiran 3)

Langkah 3
Penilaian

(+/- 3 minit)

Aktiviti penilaian :
Nyanyian

Tajuk lagu :
Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
(Gugurnya bunga Bukucinta – Laksamana)

Pameran Buku Skrap (hasil kerativiti Pelajar)

Guru mengarahkan pelajar yang kalah dalam permainan ke hadapan untuk menyanyikan lagu bagi membuat penilaian aktiviti.

Guru meminta pelajar berdiri dan menyanyikan lagu Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan.

Guru memberi komen dan pujian atas kerjasama yang   diberikan oleh pelajar.

Guru mempamerkan buku skrap yang dihasilkan oleh pelajar. Guru meminta pelajar membentangkan buku skrap tersebut.

Pelajar menyanyikan lagu yang berkaitan dengan subtopik pelajaran.

Pelajar memberikan kerjasama dan menyanyikan lagu bersama-sama.

Pelajar menerima komen dan pujian guru.

Wakil kumpulan akan membentangkan buku skrap yang telah dihasilkan. 

Kaedah / Teknik:Penerangan

BBM:
Buku muzikal perdagangan, Buku skrap.

Nilai :Yakin pada diri sendiri, keberanian dan kerjasama.

KBKK:
Menentukan sumber yang boleh dipercayai.
(Lampiran 4)

Penutup

(+/- 2 minit)

“Agensi kerajaan sangat penting untuk membantu pengusaha kecil dalam perniagaan sama ada untuk meluaskan pasaran atau mempromosikan produk mereka di pasaran tempatan mahupun antarabangsa”.

Guru bertanya kepada pelajar dari segi :
(Aspek Sosial)
“Adakah kamu seronok dengan pembelajaran hari ini?” (Aras 1)

(Aspek Kognitif)
“Apakah yang anda telah pelajari pada hari ini?” (Aras 1)

Guru meminta pelajar membuat rumusan.

Guru membuat rumusan.

Guru memberi kerja rumah kepada pelajar.

Guru menyuruh pelajar membaca subtopik seterusnya untuk sesi pembelajaran dan pengajaran pada kelas akan datang.

Pelajar memberi respons kepada guru.

Pelajar membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

Pelajar mendengar rumusan yang diberikan oleh guru.

Pelajar mencatat kerja rumah yang diberikan.

Pelajar mendengar arahan guru.

Kaedah/Teknik
Penerangan
BBM :
Slaid power point

Nilai :
Hormat menghormati dan kerjasama.

KBKK :
Membuat inferens.
(Lampiran 5 )

Refleksi Guru :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Komen dan Cadangan Pensyarah :

Friday, 28 April 2017

Pengajaran Permainan kreatif

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                        : Perdagangan
Tarikh/ Hari                             : 25 Mei 2015 (Rabu)
Masa                                        : 3.00 petang – 3.30 petang (30 minit)
Tingkatan                                : 5 Ibnu Amir
Bilangan Pelajar                      : 25 Orang
Tahap Kebolehan Pelajar        : Sederhana
Tajuk                                       : Bab 14 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
                                                  14.1 Promosi dan Pemasaran
Hasil Pembelajaran                  : Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
a)      Menyatakan agensi kerajaan yang terlibat dalam promosi dan pemasaran. (Aras 1)
b)      Menjelaskan peranan utama agensi BERNAS, FAMA, PKKM, MATRADE. (Aras 2)
c)      Menerangkan kepentingan agensi yang terlibat dalam promosi dan pemasaran. (Aras 2)
Pengetahuan Sedia Ada          :  Pelajar-pelajar telah mengetahui tentang Peranan Kerajaan
   Dalam Perniagaan melalui pembacaan awal.                                  
Bahan Bantu Mengajar           : Papan putih, marker pen, tayangan video, nota ringkas, slaid
   prezi, mounting board, bahan maujud, pembaris, slaid power
   point, batang penanda, muzik, roda impian, soalan, klu, sampul
   berwarna, puzzle logo agensi kerajaan dalam perniagaan
   (promosi dan pemasaran), kertas mahjung dan buku muzikal
   perdagangan.
Nilai-nilai                                : Hormat menghormati, tekun, kerjasama, keberanian, peka, dan
                                                   yakin pada diri sendiri.
KBKK                                      : Menjana idea, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,
                                                   menentukan sumber yang boleh dipercayai dan membuat
                                                   inferens.
Kaedah                                    : Permainan Kreatif

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/ Masa

Isi kandungan

Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Kaedah/ Teknik/ BBM/ Nilai/ KBKK

Set Induksi

(+/- 5 minit)

Pengenalan kepada peranan kerajaan dalam perniagaan bagi promosi dan pemasaran.

 “Agensi kerajaan sangat penting untuk membantu pengusaha kecil dalam perniagaan sama ada untuk meluaskan pasaran atau mempromosikan produk mereka di pasaran tempatan mahupun antarabangsa”.

Guru memberi salam dan kelas dimulakan dengan bacaan doa

Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran hari ini dan mengedarkan nota ringkas kepada pelajar.

Guru menayangkan video mengenai promosi dan pemasaran dan meminta pelajar menumpukan perhatian serta memahami kandungan video tersebut.

Guru  bertanya kepada pelajar apa yang mereka lihat dalam video tersebut.

Guru memberi penerangan ringkas tentang peranan kerajaan dalam perniagaan (promosi dan pemasaran).

Pelajar menjawab salam dan membaca doa.

Pelajar menerima nota tersebut dan diarahkan untuk menumpukan perhatian.

Pelajar memberi perhatian terhadap video yang ditayangkan oleh guru.

Pelajar menjawab pertanyaan guru.

Pelajar mendengar apa yang diterangkan oleh guru.

Kaedah/Teknik
Induktif, penerangan, perbincangan  dan soal jawab.

BBM :
Papan putih, marker pen, tayangan video dan nota ringkas.

Nilai :
Hormat menghormati, tekun dan kerjasama.

KBKK :
Menjana idea.
(Lampiran 1)

Langkah 1
Penerangan

(+/- 10 minit)

Penerangan mengenai peranan kerajaan dalam perniagaan bagi promosi dan pemasaran.

Agensi yang terlibat untuk melaksanakan promosi dan pemasaran tersebut:
i)        Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
ii)      Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
iii)    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
iv)    Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa (MATRADE)

Peranan bagi setiap agensi :
(Lampiran 6)

Guru memberi penerangan dan menyoal kepada pelajar dengan slaid prezi, mounting board untuk menyenaraikan agensi, menerangkan fungsi utama dan kepentingan agensi kerajaan yang terlibat dalam promosi dan pemasaran.

Guru meminta pelajar untuk menyatakan agensi yang terlibat dalam promosi dan pemasaran bagi setiap contoh bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.

Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan.

Pelajar diarahkan untuk memberi perhatian terhadap penerangan guru dan cuba memahami apa yang disampaikan dengan merujuk nota yang diberikan oleh guru.

Pelajar memberi maklum balas terhadap pertanyaan guru.

Pelajar bertanyakan soalan mengenai perkara yang mereka tidak fahami.

Kaedah/Teknik :
Deduktif, penerangan, perbincangan dan soal jawab.

BBM :
Slaid prezi, mounting board, nota ringkas, bahan maujud dan pembaris.

Nilai :
Hormat menghormati, keberanian, kerjasama, peka dan tekun.

KBKK :
Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
(Lampiran 2)

Langkah 2
Aktiviti kumpulan

(+/- 10 minit)

Permainan Bang Bang Door di luar bilik darjah.
(Lampiran 7)

Guru meminta pelajar membentuk kumpulan.

Guru meminta para pelajar untuk duduk dalam bulatan. 

Guru menunjukkan bagaimana cara permainan Bang bang door.

Permainan dimulakan oleh guru.

Pelajar dikehendaki mencari bahan-bahan semula jadi yang ada di persekitaran luar bilik darjah.

Pelajar yang gagal dalam permainan akan didenda untuk menjawab soalan guru.

Guru mengajak pelajar kembali ke kelas setelah permainan tamat.

Pelajar mendengar arahan guru dan duduk dalam kumpulan.

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Setiap kumpulan memegang batang penanda.

Pelajar mendengar arahan guru.

Pelajar kembali ke kelas setelah permainan tamat. 

Kaedah/Teknik: Penerangan, soal jawab dan perbincangan.

BBM: Batang penanda, muzik, puzzle logo agensi kerajaan dalam perniagaan (promosi dan pemasaran), Marker pen dan pembaris.

Nilai:
Kerjasama, hormat-menghormati, yakin pada diri sendiri dan keberanian.

KBKK:
Menjana idea.
(Lampiran 3)

Langkah 3
Penilaian

(+/- 3 minit)

Aktiviti penilaian :
Nyanyian

Tajuk lagu :
Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
(Gugurnya bunga cinta – Laksamana)

Guru mengarahkan pelajar yang kalah dalam permainan ke hadapan untuk menyanyikan lagu bagi membuat penilaian aktiviti.

Guru meminta pelajar berdiri dan menyanyikan lagu Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan.

Guru memberi komen dan pujian atas kerjasama yang diberikan oleh pelajar.

Pelajar menyanyikan lagu yang berkaitan dengan subtopik pelajaran.

Pelajar memberikan kerjasama dan menyanyikan lagu bersama-sama.

Pelajar menerima komen dan pujian guru.

Kaedah / Teknik:
Penerangan

BBM:
Buku muzikal perdagangan

Nilai :
Yakin pada diri sendiri, keberanian dan kerjasama.