Thursday, 5 December 2019

Pemikiran sikit-sikit menjadi bukit

Dari Meja Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI teman ingin mengajak saudara/saudari memikirkan peribahasa sikit demi sikit lama kelamaan menjadi bukit.

Dalam mengurus kehidupan seharian, kita seharusnya memulakan sesuatu secara berdikit-dikit. Pecahkan kerja kepada sub tugasan yang kecil. Lama kelamaan yang kecil itu akan menjadi bukit. Contohnya menyiapkan sebuah buku yang setebal 365 muka surat setiap tahun. Anda perlu menyiapkan satu muka surat dalam sehari. Bila subtugasan itu dipecahkan, sudah tentu boleh dapat disiapkan menjelang akhir tahun.

Sudah tentu pemikiran sedikit demi sedikit lama kelamaan menjadi bukit harus dimulakan dengan langkah pertama. Sudah tentu anda perlu mendengar perjalanan seribu batu harus bermula dengan langkah yang pertama. Apa sekalipun, kita perlu terus mula walaupun pada peringkat permulaan hanya kecil dan tidak seberapa. Terus konsisten, bermotivasi dan teruskan perjalanan. Lama-kelamaan kita akan sampai ke destinasinya. Anda seharusnya komited, dan terus sampai ke penghujung jalan. Jangan cepat berputus asa dan percaya serta yakin kepada diri sendiri. Lakukan sahaja apa yang telah dirancangkan, insyallah anda akan tinggal di rumah yang besar dan selesa daripada rumah yang dahulunya kecil dan sempit.   

Silhouette of Mountain (Hedi Benyarnes)