PPP 3143 Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan
Tugasan
Berkumpulan 1 : Persediaan dan
Pembentangan Powerpoint Kuliah (10%)
a) Bentukan kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang
pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang sama
untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2. Setiap kumpulan kuliah kursus
ini perlu ada 10 kumpulan untuk membentangkan bab yang terdapat di dalam
buku teks yang digunakan.
b) Sediakan powerpoint
untuk proses pengajaran dan pembelajaran mengikut bab yang ditetapkan oleh
pensyarah seperti ayng terdapat di dalam Rancangan Instruksional.
c) Pensyarah
akan memaklumkan kumpulan yang terlibat untuk menyediakan powerpoint bab untuk
minggu seterusnya seminggu sebelum pembentangan bab tersebut diadakan.
Pensyarah akan memberi tempoh masa selama
seminggu untuk setiap kumpulan menyediakan tugasan tersebut.
d) Pelajar
perlu memberi contoh yang berbeza
daripada buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Contoh yang digunakan
mesti berkaitan dengan bidang/subjek/sekolah/isu semasa dan pendidikan sahaja
bergantung kepada bab yang diperoleh.
Pelajar juga digalakkan untuk mencadangkan aktiviti yang asli (original)
dengan bab yang dibincangkan. Markah bonus akan dipertimbangkan oleh pensyarah
kumpulan masing-masing.
e) Tugasan
tersebut perlu dimuatkan dengan peta
minda dan tiga (3) soalan penilaian kendiri yang terdapat di akhir setiap
bab buku teks yang digunakan dalam kursus ini. Jawapan lengkap perlu diberi
untuk soalan yang dipilih. Pemilihan
tiga soalan penilaian kendiri tersebut akan ditentukan oleh pensyarah atau
mengikut budi bicara pensyarah kumpulan masing-masing.
f) Pelajar
perlu menyediakan powerpoint semasa membentangkan tugasan tersebut. Tugasan tersebut perlu dihantar secara softcopy (cd) dan hard copy kepada
pensyarah selewat-lewatnya pada hari pembentangan tugasan berkenaan,
g) Setiap
ahli kumpulan perlu membentangkan tugasan ini dan gambar setiap ahli kumpulan
perlu disertakan di dalam tugasan ini.
h) Rujukan
juga perlu dibuat (sekurang-kurangnya 7 artikel jurnal/buku/website yang
berilmiah dan boleh dipercayai- tahun 2010 ke atas).
i) Sekiranya
pelajar didapati melakukan plagiat, tiada markah diperuntukkan untuk tugasan
ini serta dikenakan tindakan tatatertib di atas kecurangan akademik yang
dilakukan.
j) Masa yang diperuntukkan untuk membentang tugasan
ini sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit dan kemudiannya akan diambil alih oleh
pensyarah untuk sesi perbincangan lanjut serta soal jawab berkaitan bab yang
dibincangkan.
Tugasan
Berkumpulan 2 - Aktiviti Kritis dan Kreatif (20%) dan Pameran (20%)
a) Bentukan
kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan ahli kumpulan yang
sama untuk Tugasan Berkumpulan 1 dan Tugasan Berkumpulan 2.
b) Sediakan
satu produk (Alat Bantu Mengajar eg. helaian
kerja interaktif, multimedia, permainan, uji minda, 3D) dalam bentuk CD
atau buku yang mengandungi sekurang-kurangnya enam (6) aktivitis kritis dan
kreatif untuk melaksanakan satu atau lebih unit untuk satu mata pelajaran.
c) Tentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut
subjek yang khusus contohnya Sains/ Matematik/ Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu;
tingkatan dan juga tahap kognitif pelajar iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
d) Setiap aktiviti utama boleh disertai dengan
beberapa aktiviti kecil.
e) Setiap aktiviti mesti mempunyai objektif
pembelajaran, cara menjalankan aktiviti, dan cadangan penyelesaian.
f) Semua tugasan tersebut akan dipamerkan. Anda perlu sediakan
satu poster untuk produk hasilan kumpulan anda.