Kemahiran berfikir secara kritis
Senarai kemahiran berfikir secara kritis:
Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Senarai kemahiran berfikir secara kritis:
· menerangkan sebab.
· membuat sekuen / urutan.
· menentukan sumber yang dipercayai,
· membuat ramalan,
· mengusul periksa andaian,
· membuat inferens
Kemahiran berfikir secara kreatif
Kemahiran berfikir secara kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.
Senarai kemahiran berfikir secara kreatif:
· menjana dan menghasilkan idea baru
· mencipta metafora